Saturday, January 26, 2013

UMMATI, UMMATI, UMMATI LUPAKAH ANDA!




Barangsiapa yang pergi ke Mekah dengan ikhlas , insaf dan keimanan, tentu akan dapat mengenang laungan Rasullullah s.a.w ...UMMATI , UMMATI, UMMATI . Tanda kasih beliau pada ummatnya.

Banyak peristiwa yang menyayat hati dalam episod baginda menyebarkan Islam supaya sampai kepada kita hingga hari ini. Satu hari di Taif , Rasullullah s.a.w dilempar dengan  batu hingga kulit baginda merekah dan darah mengalir. Baginda  jatuh kebumi , dipaksa musuh Islam untuk bangun semula, supaya mereka dapat terus melempar batu pada Baginda. Akhirnya pada jarak lebih kurang 4.8 kilometer Baginda terjatuh dan berkomunikasi dengan Allah.

“Ya Allah , Engkau telah menghantar  aku kepada kaum yang ganas ini, yang telah membaling aku dengan batu sehingga darah mengalir dari jasadku dan keadaan aku terhina sebegini rupa. Ya Allah jika Engkau tidak murka kepadaku , aku tidak risau , aku bersedia untuk menerima apa apa yang Engkau takdirkan, saperti kata syair - Ya Allah jika hubungan aku dan Kamu masih utuh , walaupun seluruh dunia menentang aku, pasti aku tidak akan risau. Ya Allah jika Engkau redha padaku , dan seluruh masyarakat ini marah padaku , aku tidak risau”. Begitulah pengorbanan Rasullullah s.a.w .

Kembalilah kita semua kepada lindungan kasih sayang Allah . Buktikan lah kasih sayang kita pada Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Sahabat- Sahabat di zaman Rasullullah s.a.w telah membuktikan kasih sayang mereka dengan pengorbanan masa, harta dan nyawa, saperti satu peristiwa diPerang Uhud.

Rasullullah s.a.w tidak nampak Saad b.Rabee, lalu menyuruh Zaid b.Haritha mencari Saad b.Rabee. Zaid mencari Rabee dalam medan pertempuran tapi tidak berjumpa. Akhirnya terjumpa Saad b.Rabee dicelah celah mayat dimedan Uhud. “Saad , Rasullullah s.a.w suruh aku mencari engkau. Macamana keadaan engkau?” Dalam nafas terakhir katanya “Zaid , sampaikan salamku pada Rasullullah s.a.w Bagitahu Baginda aku telah terbau bau syurga. Bagitahu Baginda semoga Allah memberi ganjaran pada Baginda melebehi nabi nabi lain”.
Dalam ayat ayat terakhir Saad b. Rabee memegang kuat tangan Zaid lalu berkata “Sampaikan salamku pada orang orang Islam , beritahu mereka  aku Saad berpesan jika Rasullullah s.a.w cedera dan kalian masih hidup aku akan bersaksi didepan Allah yang kalian bertanggung jawab atas hal ini”. Kemudian Saad menghembuskan nafas terakhirnya. 

Inilah kecintaan sejati . Apa sumbangan kita pada Islam? Atau dalam bentuk yang lebih kecil lagi , apakah kita telah beramal dengan ajaran Islam dengan sempurna?Sekarang bila orang Islam disuruh melakukan perkara perkara sunat, dengan mudahnya mereka mengatakan itu sunat sahaja. Sudah lupakah kita Rasullullah s.a.w dilempar batu di Taif.  Pengsan di Uhud. Mengikat bata diperut menahan lapar. Siang malam memohon dipelihara kita UMMATI,UMMATI,UMMATI.

Di Arafah Rasullullah s.a.w pernah berdoa selama 6 jam , diatas unta dibawah panas yang terik. Ya, 6 jam berdoa dan menangis untuk ummatnya. “Ya Muhammad” kata Allah “Aku sudah ampunkan ummat mu yang dizalimi dan ditindas”. “Itu tidak mencukupi Ya Allah” kata Nabi “Ya Allah jangan diampuni yang dizalimi sahaja Kau berkuasa untuk mengampuni umat aku yang menzalimi juga”. Begitulah kasihnya Rasullullah s.a.w pada kita , ummatnya.

Pada hari pembalasan , semasa api neraka menjerit , Nabi Nabi juga melutut minta ampun. Ummat Muhammad merasai mereka juga akan dihumban keapi neraka walaupun mereka mempunyai amalan 70 orang nabi. Begitulah dahsyatnya kegerunan api neraka .

Saya memperingati diri saya dan pembaca semua , kita sudah tidak ada masa untuk menangguhkan amalan lagi. Kalau tidak sekarang , bila lagi. Selamat beramal dan mengajak orang sekeliling turut menakuti Allah . Terima kasih , jumpa lagi esok, inshaa Allah .


Quote of the day

Life most persistent and urgent question is “What are you doing for others?”  .


No comments:

Post a Comment