Monday, January 7, 2013

SEBELUM TERLAMBAT




Salam . Buat beberapa minggu saya sakit lutut dan terpaksa solat diatas kerusi. Jumaat lalu saya nampak ramai orang yang solat diatas kerusi dibarisan dinding sebelah kiri dan kanan dalam mesjid,  seolah olah satu trend. Tapi yang menghairankan pula ramai anak muda dan anak tua yang berkeliaran dimerata tempat di Malaysia ini semasa solat Jumaat , semua sihat sihat belaka dan mempunyai kemudahan untuk datang ke mesjid.

Baru baru ini saya terjumpa dengan seorang pemandu kereta ( driver) yang baru dibuang kerja , walaupun  baru dua minggu bertugas. Saya tanya mengapa agaknya  dia diberhentikan ? Satu hari katanya dia ajak Bos dia pergi solat Jumaat . Bos suruh dia pergi seorang saja. Pada ketika lain dia ternampak melalui cermin kereta Bos nya seolah olah menari mengikut rentak muzik dari radio kereta . Bos nya seolah olah termalu bila driver  ternampak keadaan itu. 

Saya bukanlah nak jaga tepi kain orang tapi sebagai seorang Islam kita mesti kasih kepada saudara sesama Islam . Maksud hadis riwayat AlBukhari ,  Muslim , dan Ahmad : “Tidak beriman ( secara sempurna ) seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. 

Oleh itu saya memperingatikan diri saya dan pembaca semua supaya segera beramal soleh sebelum datang perkara perkara yang tak dapat dihindarkan.Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya “Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :

1. Masa sihat sebelum sakit.

2. Masa kaya sebelum datang masa sempit ( miskin)

3. Masa lapang sebelum datang masa sibuk.

4. Masa muda sebelum datang masa tua.

5. Masa hidup sebelum datang masa mati 

( Hadis riwayat Al-Hakim dan Al Baihaqi)
Berilah masa untuk muhasabah (menghisab ) pencapaian ibadah kita didunia ini sebelum Allah menghisab kita.


Quotes of the day
Keep yourself  busy in remembering your own faults, so that you have no time left to remember the faults of others . –Sufyan al-Thauri


No comments:

Post a Comment