` Seorang Islam yang kuat mempunyai keimanan yang mantap, yang memberi beliau dan orang-orang sekeliling kekuatan dalaman dan luaran. Kalau perkara di bawah ini diamalkan, insya-Allah anda akan menjadi orang Islam yang sebenar dan mendapat kasih sayang dari Allah s.w.t.
1. Terimalah hakikat bahawa Allah wujud, maha berkuasa dan pertolonganNya melebihi pemikiran kita. Dia mampu melakukan apa saja, di mana saja.
2. Solatlah dengan ikhlas dan khusyuk. Yakini diri anda yang Allah sangat hampir. Segerakan solat di awal waktu dan berjemaah.
3. Solat waktu malam – Tahajud. Tidur awal supaya anda dapat solat semasa orang lain sedang nyenyak tidur, walaupun sekadar 2 rakaat.
4. Sebutlah nama Allah selalu – berzikir. Dengan ini, anda akan sentiasa mendapat kekuatan kerana meyakini nikmat yang dikurniakan Allah untuk anda, keluarga dan seluruh umat Islam yang lain.
5. Selalu bersyukur atas segala yang anda ada. Sama ada kerohanian, mental atau fizikal.
6. Pertahankan kesucian anda. Ikut arahan Allah samada dari segi pemakanan, pakaian atau akhlak itu sendiri. Contoh : orang lelaki selalu tundukkan pandangan dan orang perempuan mesti menutup aurat.
7. Tepati janji. Kalau anda tidak mampu menepati janji, segera beritahu awal-awal sebelum tarikh perjanjian.
8. Hormati pendapat orang lain. Kalau anda tidak bersetuju, jangan perlekeh, cuba perbaiki pendapat tersebut.
9. Berpuasa kerana Allah. Bukan kerana nak turunkan berat badan, bukan kerana ingin tunjuk alim, dan bukan kerana perkara selain Allah s.w.t.
10. Jangan sesekali menipu atau berbohong. Anda akan dihormati atas kejujuran dan kebenaran anda. Berbohong hanya dalam menghubungkan silaturrahim atau keadaan genting yang lain.
11. Sayangi keluarga anda. Maksud hadith Nabi Muhammad s.a.w “Terbaik antara kamu ialah orang yang terbaik ke atas keluarganya.”
12. Berusaha membuat kebajikan sebanyak mungkin. Korbankan waktu ke Masjid dan surau untuk solat berjemaah dan menimba ilmu. Bantu mereka yang tidak berkemampuan.
13. Amalkan kasih sayang kepada semua. Ibu, ayah, keluarga, jiran, dan alam sekitar. Jaga kebersihan alam, jangan merosakkan atau membuang sampah merata.
14. Sentiasa ramah mesra dan hormati ibu bapa.
15. Jangan sesali atau terlalu bersedih dengan kematian orang yang tersayang. Itu semua kehendak dan takdir Allah s.w.t.
16. Jangan membuang atau membazir masa. Gunakan setiap waktu untuk membuat kebajikan, kebaikan yang dapat membantu kita di akhirat kelak.
17. Banyakkan membaca Al-Quran dan hadith. Renungi maknanya dan bincangkan bersama keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.
18. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin walaupun daripada musuh.
19.Sentiasa berfikiran baik dan positif. Jangan biarkan syaitan menggangu pemikiran anda.
20. Selalu jaga kebersihan badan, pakaian, peralatan rumah dan semua barang kepunyaan anda.
21. Selalu membantu fakir miskin dan anak yatim.
22. Segera bertaubat ke atas segala dosa yang dilakukan.
23. Untuk menjadi seorang Islam yang kuat, sentiasalah beramal dengan ajaran Al-Quran dan hadith rasulullah s.a.w seperti apa yang dikatakan dalam Al-Quran. “Taatlah pada Allah dan pada rasulnya”.
Quote of the day
“Sometimes Allah s.w.t take everything from you so that you may turn to him . And sometimes Allah s.w.t places certain people who let you down in your life to teach you that you should never depend on anyone but Him . Allah s.w.t will never let you down”.
No comments:
Post a Comment