Thursday, January 10, 2013

PENGURUSAN WAKTU MENUJU SYURGA




1. Lunaskan tanggung jawab anda pada Allah.

2. Rancang hari anda.

3. Laksanakan satu tugasan pada setiap solat. Contoh : Baca Al Quran , berzikir , muhasabah diri. Hafal sedikit ayay Al Quran atau Hadis dan apa apa yang sesuai setiap waktu solat.

4. Waspada dengan keimanan anda setiap saat.
a. Elakkan pembaziran waktu.
b. Tingkatkan nilai penggunaan waktu.
c. Arahkan setiap aktiviti anda bermatlamatkan ahkirat.
d.Pelaburan waktu yang paling bernilai adalah aktiviti kearah syurga.

5. Zikir, bersuara atau dalam hati . Cuba lakukan sesuatu aktiviti , contoh : mengemas rumah diiringi dengan zikir atau sambil memandu.

6. Carilah ilmu keagamaan /pengajaran walaupun sekadar melihat kejadian Allah di sekeliling kita.

7. Amalkan ilmu ilmu yang diperolehi . Jadikan ia sebagai petunjuk sepanjang jalan .

8. Matlamat syurga mestilah bersesuaian dengan aktiviti harian.

9. Laksanakan setiap aktiviti kearah pencapaian matlamat.

10. Teliti tanggung jawab kita seharian , contoh: seorang bapa, pemimpin , pendidik atau apa apa yang kita di amanahkan.

11. Nilai semula ibadah kita setiap malam, contoh : Adakah solat kita menepati tuntutan Sunnah ? Begitu juga dengan ibadah lain. Lakukan semuanya hingga ketahap yang paling tinggi mengikut kemampuan masing masing.

12. Banyak perancangan kita yang tidak terlaksana . Muhasabah setiap kegagalan.

13. Banyakkan berdoa dan pastikan setiap doa diikuti denga tindakan yang sesuai supaya ia di restu Allah untuk dimakbulkan .

Di rumuskan dari ceramah Dr. Farhat Hashmi

Quote of the day

You can’t do anything about the length of your life, but you can do something about its width and depth”

No comments:

Post a Comment