Assalamualaikum w.b.t !
Malam tadi saya menziarahi seorang sahabat yang meninggal dunia secara mengejut. Sebulan lalu saya ada berbual dengan beliau sampai jam 3.30 pagi. Saya katakan pada beliau yang saya tidak akan lupa dia buat waktu yang lama , kerana dia ada memberi saya anak pokok cherry , lebih kurang setinggi 4 inci .
Pokok itu saya tanam dikawasan surau dan telah membesar . Burung burung datang memakan buah buah cherry tersebut dan ada jemaah surau yang berehat dan anak anak bermain dibawahnya. Saya akan terus teringat pada beliau setiap kali melihat pokok cherry tersebut.
Semoga pemberian beliau tersebut tergolong pada maksud hadis Nabi Muhammad s.a.w , “apabila mati seorang anak Adam itu , maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang menafaat dan anak anak yang soleh.”
Kepada kita yang masih ada sedikit masa lagi untuk hidup, cepat cepat lah meneruskan amalan MEMBERI , terutama yang berkaitan dengan maksud hadis tersebut ,
1. Memberi sedekah jariah
2. Memberi ilmu yang bermanafaat
3. Memberi didikan semoga anak anak menjadi anak anak yang soleh dan solehah.
Bertindak segera sebelum kita dihantar kepusara !
No comments:
Post a Comment