Thursday, January 24, 2013

SABAR




Sempena memperingati bulan kelahiran Rasulullah s.a.w saya ingin mencatitkan beberapa hadis baginda Rasullullah s.a.w . Hadis hadis ini ditumpukan kepada tajuk SABAR , kerana ini lah salah satu sifat  Rasullullah s.a.w  yang perlu kita contohi.Sifat ini jugalah yang telah membantu kemenangan dalam perjuangan Islam, sama ada dalam peperangan , dakwah atau pun perhubungan antara bangsa.

1.Rasullullah s.a.w bersabda “Barang siapa yang melihat pada amir (pemimpinnya) sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah ia bersabar, kerana siapa yang memisahkan diri dari jemaah satu jengkal, kemudian ia mati , maka matinya dalam kematian jahilliah -HR Muslim

2.Besar pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla  bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka . Barang siapa bersabar maka baginya manafaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah . - HR Tirmidzi 

3.Rasullullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya beruntung orang yang beriman , kerana segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapat kenikmatan, dia bersyukur( dia mendapat pahala kebajikan ) dan jika dia ditimpa musibah dia sabar ( dia mendapat pahala kebajikan juga ) - HR Muslim 

4.Dari Ummu Al-Ala’ , dia berkata : “Rasullullah s.a.w menjengukku tatkala aku sedang sakit , lalu baginda berkata “Gembiralah wahai Ummu Al-Ala’ . Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa dosanya, sebagai api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak” . – HR Abu Daud

5.Rasullullah s.a.w bersabda : “Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang Mukmin dan Mukminah , anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun. – HR Al Hakim 

6.Rasullullah s.a.w bersabda : “Iman terbahagi dua , separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur . – HR Al Baihaqi 

7.Rasullullah s.a.w bersabda : “Kesabaran merupakan ‘Dhiya’ ( cahaya yang amat terang ) – HR Baihaqi

8.Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.- HR Baihaqi

9.Rasullullah s.a.w pernah menggambarkan : “ Sesiapa yang mensabar sabarkan diri ((berusaha untuk sabar ) maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar” . – HR Bukhari

10.Jundub Ibnu  Sufyan r.a menerangkan “ Bahawasanya Rasullullah s.a.w pada satu hari berada dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkata Rasullullah  s.a w “ Engkau hai  anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah , dan dijadikan Allah apa yang telah engkau deritai”- HR Bukhari  dan Muslim

Di harap dalam memperingati tarikh kelahiran Rasullullah s.a.w ini , kita dapat memperbaharui azam untuk memperbaiki amalan dan menambah ilmu sebagai bekalan diakhirat kelak.Jangan lupakan kasih sayang dan seruan Rasullullah s.a.w pada kita , Ummati. Ummati. Ummati. Sebaliknya kita juga mesti sama sama membantu masyarakat keliling supaya sama sama menuju ke jalan yang benar. Terima kasih.




No comments:

Post a Comment