Saturday, January 5, 2013

CINTA PALSU




Malam tadi selepas solat Isyak ,saya pergi ke satu gerai untuk membeli makan malam. Semasa menunggu makanan di bungkus , tiga orang anak beranak datang ke gerai yang sama. Seorang bapa dan dua orang anak perempuan remaja. Saya tertarik kepada t-shirt yang di pakai oleh si bapa, tertulis : “I love Makkah and Madinah”. T- shirt hitam tulisan dan design putih. 

Setelah membuat sedikit pencarian , saya terjumpa satu hadis berkenaan cinta kepada dua bandar suci tersebut.Nabi s.a.w menggambarkan cintanya kepada Makkah Al Mukarramah. Begitu juga di Madinah Al Munawwarah. Nabi s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t ertinya : “Ya Allah , cintakanlah kepada kami Madinah sebagaimana kecintaan kami kepada Makkah atau lebih” riwayat Bukhari dan Muslim .

Yang menarik perhatian saya lagi ialah dua orang anak perempuan si bapa tersebut tidak menutup aurat. Baju bertangan pendek dan tidak bertudung .Jadi amatlah sedih kalau kita mempamirkan kecintaan kita kepada dua bandar suci tempat kelahiran Agama Islam, tetapi kita tidak melaksanakan perintah perintah yang kita diwajibkan untuk mentaatiNya . 

Saya memperingati diri saya dan pembaca semua , banyak lagi perintah perintah Islam yang kita belum laksanakan atau laksanakan secara ‘ala kadar’ sahaja.Sama sama lah kita memohon kekuatan untuk melaksanakan ajaran Islam dalam diri, masyarakat dan negara kita. Kalau tidak, cinta yang kita laungkan pada Allah hanyalah ‘CINTA PALSU’ .

QUOTES OF THE DAY

The most difficult phase of life is not when no one understands you, it is when you don’t understand yourself

No comments:

Post a Comment