Friday, January 4, 2013

MUDAH SUNGGUH NAK BUAT PAHALA




Pernahkah tuan tuan melihat kasut selipar tuan tuan tersusun rapi  dan diarahkan kearah keluar surau/mesjid ,  tuan tuan hanya perlu sarungkan kasut/selipar dan terus pulang . Satu perbuatan yang agak kecil, tapi memudah dan menggembirakan jemaah . Mesti ada hamba Allah yang melakukan usaha tersebut tanpa diketahui ramai, sungguh mudah nak buat pahala.!

Satu hari seorang jemaaah surau Al-Hikmah SS18 Subang Jaya , saudara Rosli terlihat se-ekor kura kura menyeberang jalan di hari yang panas terik berhampiran surau. Beliau mengambil kura kura tersebut dan ditempatkan kedalam kolam sekolah berhampiran . Terselamatlah kura kura tersebut daripada kemalangan jalan raya. Mudahkan buat pahala!

Pada kejadian yang lain saudara Suffian dari surau yang sama terlihat ikan melintas jalan. IKAN MELINTAS JALAN? Ya, ikan tersebut melompat dari kolam sebuah rumah yang tidak berpenghuni. Atas dasar tanggung jawab sesama makhluk, beliau telah memasukkan ikan tersebut kekolam asalnya dan memberi makan ikan ikan tersebut hingga hari ini.Mudahnya nak buat pahala!

Mulai sekarang saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekelian supaya mengambil semua peluang untuk mendapat pahala , walaupun sekadar senyum pada orang lain , kerana di akhirat nanti kita amat amat memerlukan pahala amalan kita walaupun sedikit.

Maksud hadis Nabi Muhammad s.a.w “Telah diperlihatkan kepadaku segala amalan umatku sama ada makruf atau mungkar . Diantaranya amalan yang baik ialah membuang sesuatu yang merbahaya di jalanraya , manakala amalan yang tidak baik ialah berkahak dimasjid yang tidak ditimbus” Hadis ke 120 dari Kitab Riyadh Solihin Jilid 1  .

Selamat merebut peluang untuk menambah pahala anda.


No comments:

Post a Comment