Pagi tadi semasa berjalan ditaman surau , saya terpijak sarang semut merah. Banyak yang mengigit kaki saya. Lama juga baru boleh buang semut semut tersebut.
Saiz semut itu amat kecil dibanding dengan kita . Otaknya lagi kecil. Tapi keberaniannya agak luar biasa bila berdepan dengan musuh.
Macamana kita bila berdepan dengan musuh, bukan saja musuh yang boleh membunuh kita tapi yang lebih teruk lagi musuh yang boleh merosakkan akidah kita dan mencemarkan agama kita.
1. Beranikah kita menegur anak anak dan isteri yang tidak menutup aurat.
2. Beranikah kita memarahi anak dan isteri/suami yang tidak cukup solatnya.
3. Beranikah kita melarang tanggungjawab kita dari menonton perkara perkara yang tidak sesuai dengan Islam.
4. Beranikah kita menasihati anak, keluarga atau kawan kawan berhenti merokok.
5. Beranikah kita untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Kalau tidak malulah kita kepada semut semut kecil tadi yang sanggup berkorban demi mempertahankan sarang dan masyarakat mereka dari diganggu manusia/musuh. Kalau kita tidak menggigit musuh musuh Islam , satu hari kita akan cuma menggigit jari sahaja. Terima kasih.
Quote of the day
Victory is gained by resolutions and determination – Prophet Muhammad (p.b.h)
No comments:
Post a Comment