Monday, January 14, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU !




Tahun baru 2013 ini tiba tiba rasanya macam musim kenduri kahwin pula. Baru baru ini pada 12.1.13 dan 13.1.13 ,saudara Rahman dan Dato’ Arif telah mengahwinkan anak mereka masing masing. Ramai sahabat handai yang datang membawa hadiah sama ada dalam bentuk wang ringgit ataupun barangan. Itulah indahnya tradisi rakyat Malaysia ini , Alhamdulillah.

Seperkara lagi , kalau ada ruang sambil sambil menunggu makan tu , elok lah dihadiahkan pasangan pengantin tersebut dengan doa, semoga mereka selamat sejahtera dan kita pun dapat beribadat dengan doa tersebut. Kalau dah lupa doa tu boleh lah di salin doa berikut :-

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

Maksudnya :
“Ya Allah , Ya Hannan , Ya Mannan. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman . Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu... Murahkan rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh....Semoga kehidupan dipenuhi Al – Mawaddah dan Ar- Rahman di dunia dan di akhirat...”
Hari ini kita doakan anak anak rakan kita , suatu hari orang lain pula akan mendoakan anak anak kita.  Kehidupan dan kematian adalah satu giliran , Kita cuma menunggu giliran masing masing. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.

Quote of the day
As you breath , another person takes his last. So stop complaining but rather live your life with what you got. Make every breath count.”

No comments:

Post a Comment