Al Qur’an dan Hadis Rasullullah S.A.W telah menggariskan beberapa panduan bagi kita umat Islam untuk bergaul dan berinteraksi dengan berbagai kumpulan manusia di dunia ini. Amat bermanafaat sekali jika kita dapat menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan masyarakat keliling supaya kehidupan kita di dunia lebih bermakna dan pergaulan kita dapat di kira sebagai ibadah, In shaa Allah.
Tanggung Jawab Pergaulan Hari Ini Ialah Bersama :
5. ORANG MISKIN DAN MEMERLUKAN
Surah Al Baqarah ayat 177 bermaksud :
“....dan mendermanya seseorang akan hartanya- sedangkan ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin , dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi...”
Surah Al Maa’uun ayat 1-3 bermaksud
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama ( meliputi hari pembalasan)?
Orang itu ialah yang menindas serta zalim kepada anak yatim
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin
Surah Al Ma’aarij ayat 24-25 bermaksud
Dan mereka ( yang menentukan bahagian ) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri ( daripada meminta)
6. JIRAN
Surah An Nissa’ ayat 36 bermaksud
...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim , dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh...
Maksud Hadis Rasullullah S.A.W :
“Bukanlah dari kalangan orang-orang yang beriman apabila didalam keadaan kenyang sedangakan jirannya dalam kelaparan” ( HR Bukhari )
Rasullullah S.A.W bersabda dengan maksud :
“Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran , sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia ( jiran) layak untuk diwarisi ( mendapat harta pusaka) (HR Bukhari)
Selamat beramal sehingga berjumpa di siri yang akan datang. In shaa Allah. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment