Dalam kelam kabut pembinaan laluan LRT dari Kelana Jaya ke USJ , banyak pokok-pokok di tepi jalan terpaksa ditebang. Mengetahui hal ini lebih awal, penduduk di sekitar SS14 DAN SS18 Subang Jaya membuat bantahan melalui pengumpulan tanda tangan .
Kumpulan ini terdiri dari mereka yang menyembah satu pokok yang kelihatan unik termasuk orang-orang Melayu yang meminta nombor ekor. Pihak Kontraktor bersetuju memindahkan pokok tersebut ke sebuah padang di SS18 dengan kos berbelas ribu ringgit.
Saya tidak mahu mengulas urusan orang dari agama lain , tapi bagi orang-orang Islam yang terlibat dengan pemujaan selain dari Allah, minta nombor, merendah diri atau menghina diri, terhadap sesama makhluk , awas gejala SYIRIK .
Al Imam Muhammad bin Ismail Al Amir As Shan’ami Al Yamani , menerangkan :
“Barangsiapa berkeyakinan bahawa pohon , batu , kuburan, malaikat, jin dan orang hidup atau mati , semuanya itu dapat memberikan kemanfaatan dan mudharat atau menjadi perantara dalam menyampaikan amal ibadah kepada Allah ( tanpa seizinNya ) dan dalam memenuhi keperluan –keperluan dunia , hanya meminta kepada selain Allah itu dan bertawassul dengan selain Allah itu kepadanya maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan selainnya dan bererti dia telah beritikadnya dengan iktikad yang tidak benar sebagaimana iktikadnya kaum Musyrikin terhadap berhala-berhalanya.”
Amaran Allah kepada pelaku-pelaku syirik ini amat keras , firman Allah yang bermaksud :
“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadaNya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki ia itu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah , maka sungguh dai telah berbuat dosa yang besar.” ( Surah An Nisaa’: 48 )
Semoga kita dapat memahami konsep syirik yang sebenar dan dapat memperluaskan ilmu tentang perkara syirik ini . Jangan lupa turut fahamkan keluarga dan sahabat-sahabat kita dalam hal ini. Kalau tidak faham amat berat balasannya.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment