Tidak berapa lama dulu saya terlibat dengan kursus motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah. Selalunya kita menyuruh mereka menyenaraikan fakta berkaitan artis yang mereka kenal. Subhanallah . Mereka boleh mencari berbagai fakta berkenaan artis yang mereka minati hingga penuh satu muka surat kertas A4. Tapi bila di minta menyenaraikan keperibadian sahabat Rasulullah S.A.W , semua mula menggaru kepala dan tersenyum tawar tanda tidak tahu.
Bagaimana dengan Allah . Adakah kita betul-betul kenal Allah ? Mengikut Uthman ibn Affan mudah sahaja . Tanda seseorang yang betul-betul mengenali Allah adalah:
1. Hatinya sentiasa takut dan berharap.
2. Lidahnya sentiasa memuji dan bersyukur.
3. Matanya sentiasa tunduk malu dan menangis .
4. Harapan mereka untuk meninggalkan dunia dan mencari keredhaan Allah.
Saya tahu perkara ini mudah untuk dibicarakan tapi tidak semudah itu untuk diamalkan. Sama-sama kita berusaha kearah amalan yang membuktikan kita betul-betul mengenali Allah . Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment