Sunday, October 20, 2013

LELAKI SOLAT PAKAI KAIN PEREMPUAN




Malam  Khamis  yang lalu , semasa menunggu waktu Isyak saya nampak seorang pemuda masuk ke surau. Dia nampak macam tercari-cari sesuatu dan dia juga buat pertama kali kelihatan datang ke surau kami. Dengan segera saya bangun dan bertanyakan apa yang saya boleh bantu. Katanya dia mencari kain untuk solat. 

Kebetulan hari itu semua kain telah di hantar ked dobi untuk di basuh. Saya meminta maaf kepada dia dan pergi ke ruang Muslimat untuk mengambil telekung. Saya berikan kepada pemuda itu kain untuk telekung tersebut. Dia ketawa melihat kain telekung tersebut dan berkata “Nanti orang ketawa melihat saya pakai kain perempuan ini Pak cik !”  Saya menjawab “Lebih baik solat dengan kain perempuan dari masuk neraka tak pakai apa-apa” . Dia mengucapkan terima kasih dan terus bersolat.



Dosa orang meninggalkan solat amat berat sekali. Neraka sudah menjadi kepastian jika taubatnya tidak diterima Allah . Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

  • Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
  • Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  • Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Banyak Hadis-Hadis berkaitan balasan orang-orang yang meninggalkan Solat Fardhu, di antaranya bermaksud :

Rasullullah S.A.W di perlihatkan pada satu kaum yang menghantukkan kepala mereka pada batu, setiap kali hantukan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasullullah S.A.W bertanya “Siapakah ini wahai Jibrail?” Jibrail menjawab , “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan solat fardhu” ( HR Tabrani, sanad sahih)

Jadi jangan sesekali kita meninggalkan solat fardhu. Balasan azabnya amat dahsyat.  Terima kasih .



Quote of the day




No comments:

Post a Comment