Al Qur’an dan Hadis Rasullullah S.A.W telah menggariskan beberapa panduan bagi kita umat Islam untuk bergaul dan berinteraksi dengan berbagai kumpulan manusia di dunia ini. Amat bermanafaat sekali jika kita dapat menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan masyarakat keliling supaya kehidupan kita di dunia lebih bermakna dan pergaulan kita dapat di kira sebagai ibadah, In shaa Allah.
Tanggung Jawab Pergaulan Hari Ini Ialah Bersama :
14. BUKAN ISLAM
Surah Al Mumtahanah ayat 8 bermaksud:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama ( kamu ), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”
Surah Al Mumtahanah ayat 9 bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama ( kamu ), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu ( orang lain ) untuk mengusir kamu. Dan ( ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat , maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Surah Ali ‘Imraan ayat 115 bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan , maka mereka tidak sekali-kali akan ingkari ( atau disekat dari mendapat pahalanya) . Dan ( ingatlah ) , Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa”
Surah al Maa’idah ayat 8 bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman , hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah , lagi menerangkan kebenaran , dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”
Surah An Nahl ayat 125 bermaksud :
“Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad ) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya , dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”
Seorang sahabat Rasullullah S.A.W memberitahu dengan maksud :
“ Satu rombongan jenazah melalui Rasullullah S.A.W dan baginda berdiri . Sahabat bertanya kepada Rasullullah S.A.W : Itu adalah jenazah seorang Yahudi . Baginda bertanya : Bukankah dia seorang manusia ?” ( Riwayat Bukhari )
15. MANUSIA SECARA UMUM
Surah Al Baqarah ayat 213 bermaksud :
”Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu ( menurut agama Allah yang satu......)”
Surah Al Hujuraat ayat 13 bermaksud :
“Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu )”
Surah Al Anbiyaa’ ayat 107 bermaksud :
“ Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau ( wahai Muhammad ) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam”
Surah Al Baqarah ayat 83 bermaksud:
“.......dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik, ......”
Allah memerintahkan kamu supaya bila menghakimi manusia ( dari apa bangsa, agama, keturunan atau kedudukan ) kamu mesti menghakimi dengan adil.
Surah An Nisaa’ ayat 58 bermaksud ;
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya ) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia , ( Allah menyuruh ) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan ( suruhanNya ) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu . Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”
Terima kasih kerana sudi mengikuti siri “Tanggung jawab Pergaulan” ini sampai ke siri terakhir. Semoga ia boleh dijadikan amalan sepanjang hayat.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment