Monday, October 7, 2013

CINTA IKAN VS CINTA ALLAH





Buat beberapa tahun saya ada menternak ikan dalam kolam dihadapan rumah. Dari ukuran sebesar jari hinggalah sampai ke dua kaki panjang. Tiba-tiba tak berapa lama dulu ikan patin tersebut mati. Kami sekeluarga sangat sayang pada ikan tersebut, menyimpannya dalam peti sejuk buat beberapa bulan dan tidak sampai hati untuk memakannya, maklumlah bertahun tahun melihat dia berenang manja semasa diberi makanannya. 

Sesudah beberapa bulan , saya mengambil keputusan untuk memberi ikan tersebut kepada kucing-kucing yang banyak di rumah, supaya tidak membazir. Itulah cerita cinta manusia terhadap ikan peliharaannya.




Tetapi cinta Allah pada manusia lebih dahsyat dari itu. Bukan sahaja Allah cinta pada kita – manusia malah Allah cinta pada manusia 70 kali ganda lebih dari cinta seorang ibu kepada anaknya.

Suatu hari , Rasullullah S.A.W berjalan –jalan dengan sahabat baginda dan mereka terjumpa satu sarang burung diduduki ibu dan anak-anaknya. Ibu burung tersebut sedang memberi anak-anaknya makan cacing dan kelembutan ibu burung itu melayan dan membelai anak-anaknya mengkagumkan sahabat-sahabat. Rasullullah S.A.W sambil tersenyum bertanya: “Adakah kamu kagum dengan cinta ibu burung tersebut kepada anak-anaknya? Aku nak beritahu kamu bahawa Allah menyayangi makhlukNya – manusia 70 kali ganda lebih dari kasih ibunya kepada anak-anaknya”



Di antara bukti Allah mencintai manusia :

Surah Ali Imraan ayat 31 bermaksud :

“Katakanlah ( wahai Muhammad ) Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku , nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah ) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Surah Maryam ayat 96 bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih ,Allah yang melimpah –limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang”

Sama-samalah kita mencari kecintaan dan keredhaan Allah kerana kalau Allah sudah cinta kepada kita , kita akan selamat dunia akhirat walaupun seluruh dunia membenci kita . Terima kasih dan sebarkan cinta dan kasih sayang sesama Islam. 


Quote of the day


5 comments: