Perkara yang paling baik dilakukan oleh seseorang Islam ialah muhasabah dirinya sebelum tidur semata-mata kerana Allah . Mempertanggung jawabkan dirinya atas segala dosa dan kebajikan yang telah dilakukannya sepanjang hari. Kemudian di antara dia dan Allah , dia memperbaharui taubatnya dan terus tidur sesudah bertaubat, ditambah keyakinan tidak lagi akan mengulangi dosa-dosa tersebut apabila dia bangun di esok hari.Amalan ini sepatutnya di lakukan setiap malam .
Jika ditakdirkan dia mati dalam tidurnya , dia mati sesudah bertaubat. Jika Allah memanjangkan umurnya , dia akan teruskan hidup dengan memperbaiki segala kelemahannya. .
Sementara menghampiri tidur dia sepatutnya lakukan semua perkara-perkara sunat yang telah diajarkan oleh Rasullullah S.A.W . Jadi sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya , Allah akan memberikan dia kejayaan, dan tidak ada kuasa yang boleh mengatasi kuasa Allah.
Jangan lupa mengamalkan perkara-perkara ini sebelum anda tidur. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment