Sekarang perkataan ‘under counter’ , ‘duit kopi’ , ‘komisen’, consultant fee’, ‘duit minum’ , ‘duit broker’, ‘duit introducer’, dan entah apa-apa lagi terma di gunakan secara berleluasa. Semuanya bermaksud ‘RASUAH’ . Ada pula insan yang lagi jahil mengatakan ‘HALAL YA! ‘ , sesudah menerima rasuah tersebut. Bandingkanlah kita di zaman ini dengan mereka di zaman kegemilangan Islam dulu .
Abu Hasan al-Basri Isa ibn Abdullah berkata: Aku dengar al –Hasan ibn Arafah berkata : Abdullah ibn al-Mubarak berkata kepada ku :
“Aku meminjam sebatang pen di Syria dan aku lupa untuk mengembalikan kepada tuannya. Bila aku kembali ke Marw ( di Iran 1882Km) aku sedar yang pen itu masih bersama ku , jadi aku kembali ke Syria dan mengembalikan pen tersebut kepada tuannya”
Ketika itu tiada sistem pos, telepon atau cara lain untuk meminta izin, dan begitulah orang-orang zaman dulu mengelak perkara-perkara haram dari diri mereka. Kita bagaimana? Terima kasih kerana turut berfikir.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment