Pada suatu petang , semasa berbual-bual dengan Guru Besar sebuah Madrasah , saya bertanyakan beliau “ Kalau Ustaz nak tambah-baikan penuntut-penuntut di Madrasah ini , dari sudut apa yang Ustaz nak mereka di tingkatkan?” Ustaz menjawab dengan satu perkataan ‘kematangan’
Memang benar kata Ustaz tersebut. Ramai kenalan kita yang ‘terpelajar ‘ yang ‘berumur’ yang ‘beragama’ tapi malangnya tidak berapa matang. Tajuk ini memang tersangat luas untuk dibincangkan , kali ini kita akan melihat dari pandangan Al Qur’an ia itu sepuluh ayat pertama dari surah Al Mu’minum dan bahagian akhir surah Al Furqan .
1. Mereka yang kusyu’ solatnya.
2. Menjauhkan diri dari perkara yang tidak berguna
3. Menunaikan zakat
4. Menjaga kemaluannya
5. Jauh dari perbuatan melampaui batas
6. Memelihara amanat dan janji yang dipikulnya
7. Memelihara solatnya
8. Merendah diri dan tawadhu’
9. Menghidupkan malam dengan bersujud
10. Selalu takut dan meminta ampun agar jauh dari jahanam
11. Membelanjakan hartanya secara tidak berlebihan dan tidak kedekut
12.Tidak menyekutukan Allah , tidak membunuh , tidak berzina
13. Suka bertaubat , tidak menjadi saksi palsu, jauh dari perbuatan sia-sia , merenung dan mengkaji al Qur’an , bersabar dan mengharap keturunan yang bertaqwa.
Mengikut blog ‘Relax = Tenang’ pula matang sepatutnya ditafsirkan sebagai :
“ Orang yang mampu berfikir yang mana baik dan buruk untuk dilakukan mengikut landasan Islam”
Jadi anda tergolong kepada kumpulan tidak matang jika :
1. Anda memaki hamun sesama sendiri
2. Anda berpegang tangan dengan orang tidak halal untuk anda
3. Anda naik motorsikal bersama bukan mahram
4. Anda menyentuh yang bukan mahram
5. Anda berpakaian seksi
6. Anda tidak menutup aurat
7. Anda ( lelaki ) memakai seluar pendek
8. Anda memakai baju jarang ( perempuan )
9. Anda berkelakuan tidak sopan
10. Anda mewarnakan rambut
11. Anda bersosial tanpa batasan
12. Anda melakukan semua yang bertentangan dengan Islam
Ringkasnya kita mesti berpedoman kepada Al Qur’an dan mengikuti contoh Rasullullah S.A.W sehingga betul-betul menjaga hubungan ‘hablum minallah’ dan hablum minannaas’
Quote of the day
No comments:
Post a Comment