Waktu amat berbeza nilainya kepada orang yang kelompok berbeza dan tempat yang berlainan Kepada nelayan dipantai , mereka mempunyai banyak waktu untuk berbual, bermain atau membaiki perahu sepanjang hari. Bagi juruterbang pula , beberapa saat mungkin bererti hidup atau mati. Sama-sama kita tanyakan nilai waktu terhadap orang dan waktu yang berbeza :
Untuk mengetahui nilai SATU TAHUN,
tanyakan penuntut yang gagal peperiksaan ke universiti.
Untuk mengetahui nilai SATU BULAN.
tanyakan ibu yang keguguran bayinya yang kurang bulan.
Untuk mengetahui nilai SATU MINGGU,
tanyakan pengarang akhbar mingguan.
Untuk mengetahui nilai SATU HARI,
tanyakan mereka yang lahir pada 29hb Februari.
Untuk mengetahui nilai SATU JAM,
tanyakan mereka yang menunggu kekasihnya.
Untuk mengetahui nilai SATU MINIT,
tanyakan mereka yang ketinggalan tren.
Untuk mengetahui nilai SATU SAAT,
tanyakan mereka yang baru terselamat dari kemalangan.
Untuk mengetahui nilai 1/10 SAAT,
tanyakan mereka yang mendapat tempat kedua di Sukan Olimpik.
Berapa nilai waktu kepada kita ? Isilah setiap saat supaya ia dapat menyumbang terhadap kejayaan kita di dunia dan akhirat, bayangkan syurga yang amat indah menanti kedatangan kita.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment