Dalam suasana orang ramai membeli belah di sebuah pasar raya saya dengan suara yang agak tinggi bertanya “Ada jual daun ketum tak ? kepada pembantu pasar raya tersebut. Tiba-tiba semua orang di situ memandang kearah saya . Saya berasa amat malu seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar . Tiba-tiba salah seorang dari yang memandang saya memecah kebuntuan .
“Bukan daun ketum , daun kesum agaknya , nak buat laksa ye ?” Dia bertanya sambil menenangkan saya. Rupa rupanya daun ketum adalah sejenis daun yang sudah di kategorikan sebagai dadah. Saya masih termalu-malu.
Walau bagaimanapun sifat malu itu amat terpuji. Imam Nawawi dalam kitab Riyadhus Shalihin mengatakan “Hakikat dari malu adalah akhlak yang muncul dalam diri untuk meninggalkan keburukan , menegah diri dari kelalaian dan menyimpang terhadap hak orang lain”
Tidak malu adalah salah satu sifat yang boleh merosakkan iman , di antara banyak perkara-perkara lain :
1. Rasa malu melanggar syariat adalah ciri orang yang beriman. Malu berbuat maksiat , malu juga mengabaikan tugas. Jika rasa malu ini sudah hilang dari seseorang Muslim , maka imannya akan turut hilang atau rosak.
2. Ghibah – Orang menceritakan aib orang lain ( mengumpat, mengata)
3. Hati yang mati – Hati adalah raja yang mengendalikan seseorang dalam berbuat sesuatu. Hati yang diselimut oleh hawa nafsu, kebencian dan kemaksiatan akan menghanguskan iman seseorang Muslim.
4. Cinta dunia
5. Panjang angan-angan
6. Menzalimi diri sendiri. Saperti menangguh-nangguhkan tugasan , mengabaikan kewajiban, berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.
Rasullullah S.A.W menjadikan sifat malu sebagai sebahagian cabang iman. Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasullullah S.A.W bersabda:
“Iman memiliki 70 atu 60 cabang .,paling utama adalah ucapan ‘Laa ilaaha ilallah’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dijalan dan sifat malu adalah cabang dari keimanan” (HR Muslim )
Sebab orang Islam sudah hilang sifat malulah bergandanya gejala maksiat dari hari ke hari. Terima kasih. Jangan setakat baca sahaja , sampaikanlah kepada mereka yang sudah hilang ‘MALU’nya.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment