Al Qur’an dan Hadis Rasullullah S.A.W telah menggariskan beberapa panduan bagi kita umat Islam untuk bergaul dan berinteraksi dengan berbagai kumpulan manusia di dunia ini. Amat bermanafaat sekali jika kita dapat menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan masyarakat keliling supaya kehidupan kita di dunia lebih bermakna dan pergaulan kita dapat di kira sebagai ibadah, In shaa Allah.
Tanggung Jawab Pergaulan Hari Ini Ialah Bersama :
7. SUAMI /ISTERI
Al Baqarah : 187 bermaksud
“.... Isteri- isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka......”
Ar Ruum : 21 bermaksud
“ Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) , isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya diantara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.....”
Maksud Hadis Rasullullah S.A.W :
“Yang terbaik diantara kamu adalah yang paling lemah lembut pada isterinya” ( HR Tirmizi )
8. MAJIKAN/PEKERJA
Al Mukminun : 8 bermaksud
“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya”
‘Amanah’ termasuk tugasan dan perkara-perkara lain yang telah ditugaskan majikan kepada pekerjanya.
‘Janji’ pula termasuk kontrak yang dipersetujui oleh kedua majikan dan pekerja.
Seorang sahabat Rasullullah S.A.W berkata:
“Aku berkhidmat kepada Rasullullah S.A.W selama 10 tahun , dan dia tidak pernah berkata kepada ku ‘Hoi’ dan dia tidak pernah mengatakan “Mengapa kau tak buat ini atau mengapa kau tidak buat itu” ( Riwayat Bukhari )
9. BINATANG
Surah Al An’aam : 38
“Dan tidak seekor binatang yang melata dibumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat saperti kamu....”
Ada orang bertanya kepada Rasullullah S.A.W :
“Adakah pahala untuk kami ( dari Allah ) kerana membuat kebajikan kepada binatang ?”
Baginda menjawab :
“Dalam setiap binatang yang mempunyai hati dan nyawa akan diberi pahala” (Dalam Mishkat )
“Berhati-hati dengan tanggung jawab anda kepada Allah berkaitan binatang ternakan , tonggang mereka semasa mereka mampu dan sembelih mereka ketika mereka berkeadaan sihat” ( Abu Dawud )
“Sesiapa yang bercucuk tanam , burung dan binatang memakannya ia dikira sebagai sedekah”( Dalam Musnad Ahmad )
Selamat beramal dan sampaikanlah kepada seramai mungkin manusia di muka bumi ini , hingga berjumpa lagi . In shaa Allah.
Quote of the day
ISLAM AND ANIMALS
The Prophet Muhammad (pbuh) said :
“A woman was punished ( by God) because of a cat. She had not
provided ( the cat) with food or drink, nor had she set it free so that it
might eat the insects of the earth” Sahih Muslim Hadis 1047.
No comments:
Post a Comment