Friday, October 4, 2013

TANGGUNG JAWAB PERGAULAN DALAM ISLAM PART 6



Al Qur’an dan Hadis Rasullullah S.A.W telah menggariskan beberapa panduan bagi kita umat Islam untuk bergaul dan berinteraksi dengan berbagai kumpulan manusia di dunia ini. Amat bermanafaat sekali  jika kita dapat menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan masyarakat keliling supaya kehidupan kita di dunia lebih bermakna dan pergaulan kita dapat di kira sebagai ibadah, In shaa Allah.

Tanggung Jawab  Pergaulan Hari Ini Ialah Bersama :

11. ORANG-ORANG ISLAM 

Surah Ali Imraan ayat 103 bermaksud :

“Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah ( agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan ( semasa jahiliah dulu ) , lalu Allah menyatukan diantara hati kamu ( sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara......”

Al Hujurat ayat 10 bermaksud :

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Al Hujurat ayat 11 bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah sesuatu puak ( dari kaum lelaki ) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, ( kerana ) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keai’ban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang butuk. ( Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya jadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik ( kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah ) , sesiapa yang tidak bertaubat ( daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Al Hujurat ayat 12 bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan  ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan ynag dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keai’ban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? ( Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

Al Maaidah ayat 2 bermaksud :

“......Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan “
Hadis Rasullullah S.A.W bermaksud:

“Tidaklah di antara kamu dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudara seIslamnya saperti dia mencintai dirinya sendiri” ( HR Bukhari )

Selamat beramal dan selamat menyampaikan kerana itu adalah bekalan kita di akhirat nanti. Hingga berjunpa di siri akan datang , Terima kasih.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment