Dalam satu pekan kecil setiap hari seorang pemandu bas membawa penumpang pergi bekerja ke sekolah dan urusan-urusan lain. Semuanya berjalan lancer kecuali pada suatu hari dia mengambil seorang penumpang yang tinggi, berbadan besar dan mempunyai tangan yang panjang hingga hampir mencapai lutut. Dia naik di satu perhentian yang sama setiap hari dan menggelar dirinya BADANG. Mungkin seronok dengan imej BADANG yang kuat , garang dan menakutkan.
Tiap-tiap hari Badang naik bas dan berkata kepada pemandu bas “Saya Badang , saya tak bayar tambang”. Pemandu bas yang berbadan kecil dan kurus memendam perasaan marah. Hari demi hari berlalu peristiwa yang sama berlaku . Pemandu bas di hampiri dan “Saya Badang , saya tak bayar tambang” di ucapkan .
Sesudah ‘bengkak’ di hati , pemandu bas tidak tertahan , dia mengambil keputusan untuk belajar seni mempertahankan diri. Dia belajar judo sampai ke tahap ‘tali pinggang hitam’ . Apabila keyakinan diri pemandu bas sudah sampai ke tahap paling tinggi , dia sudah bersedia.
Satu pagi pemandu bas berhenti menaikkan penumpang termasuk Badang. Saperti biasa Badang menghampiri pemandu bas dan berkata “Saya Badang , saya tidak bayar tambang” . Dengan perasaan marah dan berani pemandu bas berdiri memandang tepat muka Badang dan bertanya “Mengapa tidak ?” . Badang menjawab dengan senyuman “Sebab Badang ada PAS BULANAN” . Tersipu-sipu malu, pemandu bas duduk dan meneruskan perjalanan.
Pengajaran dari cerita ini:
Kita jangan tergesa-gesa mengambil sesuatu tindakan atau keputusan sebelum menyelidik sesuatu kejadian tersebut. Setiap tindak tanduk kita mestilah berdasarkan Al Qur’an . Allah S.W.T berfirman dengan maksud :
“Wahai orang-orang yang beriman , jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka SELIDIKLAH ( untuk menentukan ) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini dengan sebab KEJAHILAN kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” –Al Hujurat :6
Terima kasih kerana tidak tergopoh gopoh dan sudi meluangkan masa.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment