Alhamdulillah , ramai anak-anak Islam dari Malaysia sekarang berada di luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Mereka ini tentulah pelajar-pelajar pintar. Malangnya mereka balik ke Malaysia membawa segulung ijazah tetapi tidak mampu beribadah , lebih menyedihkan lagi, ada yang dah jadi ‘lebih Mat Saleh dari Mat Saleh”. Oleh itu sama ada anak-anak kita keluar negara untuk belajar, atau menuntut di Malaysia sahaja, bekalkanlah mereka dengan asas akidah saperti yang dikatakan dalam satu Hadis , At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawasanya dia telah berkata maksudnya:
“Sekali peristiwa aku di belakang Nabi s..a.w ( menunggang bersama di satu kenderaan), lalu Nabi s.a.w berkata kepadaku : Wahai si anak kecil ! Aku akan mengajarimu beberapa pedoman ( dengarlah !) . Peliharalah Allah , niscaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah tujuanmu kepada Allah, niscaya Dia sentiasa akan berada dekat denganmu. Jika mahu meminta , mintalah kepada Allah. Jika mahu meminta pertolongan , mintalah pertolongan itu kepada Allah.
Dan ketahuilah , andaikata sesuatu umat itu berkumpul untuk membuat sesuatu manfaat untukmu, niscaya tidak terdaya oleh mereka untuk membuatnya, melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan andaikata mereka berkumpul pula untuk merancang sesuatu mudharat untukmu , niscaya tidak terdaya oleh mereka membuatnya, melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah keatasmu. Pena telah diangkat, dan catatan telah kering.”
Dalam sebuah riwayat lain dari yang diatas yang bermaksud:
“Peliharalah Allah, niscaya engkau akan mendapatiNya ada dihadapanmu. Kenallah Allah di waktu mewah, niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah, apa yang menyimpang daripapadmu itu , sebenarnya tidak akan menimpamu, dan apa yang menimpamu itu sebenarnya tidak akan menyimpang daripadamu. Dan ketahuilah, bahwa sesungguhnya kemenangan itu akan terhasil sesudah kesabarann dan kelapangan pula akan muncul sesudah kesusahan. Dan sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu akan datang kelapangan.”
Saya juga mencadangkan anak-anak kita digalakkan membaca buku-buku akidah dan tauhid supaya mereka menjadi insan yang professional dan beriman untuk membimbing Ummah masa depan. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment