Semalam , sahabat yang bertugas menguruskan derma Ramadan di surau pergi ‘outstation’. Saya mengambil alih urusan beliau dan pagi-pagi lagi saya menyusun wang-wang tersebut.Wow ! banyaknya duit, kalaulah semua ini kepunyaan saya , tentulah saya kaya. Bangun pagi dapat sebanyak ini kan bagus, tak ada masalah kewangan lagi.
Pada hakikatnya Allah boleh memberi kita lebih banyak dari itu , kita cuma perlu faham kaedah bagaimana Allah memberi. Umpamanya keutamaan solat sunat subuh dikatakan Rasullullah S.A.W dalam hadisnya bermaksud:
“Dua rakaat solat sunat subuh lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya”( HR Muslim 725)
Lihatlah ganjaran yang ditawarkan Allah pada kita umat Islam , tetapi kita terkejar-kejar pada benda benda yang lebih kecil. Kadang-kadang kita berbincang tentang sedikit bisnes sampai jauh malam , bangun lewat hingga tidak sempat untuk solat sunat subuh.
Kita juga amat digalakkan supaya menjaga amalan dua rakaat sebelum subuh ini kerana amalan ini sangat ringan , mudah dilakukan namun besar pahalanya. Maksud hadis Rasullullah S.A.W :
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan berterusan walaupun sedikit” (HR Muslim 783)
Sama- samalah kita mengambil peluang dibulan Ramadan ini untuk meneruskan momentum amalan hingga ke bulan-bulan yang lain. Terima kasih semoga bertemu dengan Ramadan yang akan datang.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment