Sunday, July 28, 2013

KEAJAIBAN DIMALAM RAMADAN





Beberapa malam yang lalu , sesudah solat Terawih saya ternampak sahabat yang tinggal dihadapan surau menyiapkan sangkar kucing. Bila ditanya beliau memberi tahu ada orang membuang anak kucing kerumahnya dan terpaksalah dia memeliharanya.

Tiba-tiba malam tadi , semasa solat Terawih , tahiyat akhir, terdengar bunyi anak kucing. Kemudian saya ternampak dihujung mata saya anak kucing tersebut mencium telunjuk jemaah seorang demi seorang sampai kejari saya dan terus berjalan dan berhenti bila sampai kepangkuan tuannya yang juga solat di saf pertama. Tidakkah ini ajaib. Anak kucing tersebut mengenali tangan yang memberi dia makan walaupun baru tinggal lebih kurang lima hari dengan tuan baru tersebut.

Kemudian , anak kucing tersebut terpaksa melintas jalan , turun beberapa anak tangga kemudian naik semula untuk sampai ke surau. Kemudian berjalan terhoyong haying dari belakang hingga ke saf pertama.

Oleh itu sempena sepuluh malam terakhir Ramadan ini , saya mengingatkan diri saya dan anda semua supaya datang kerumah Allah untuk solat malam walaupun dalam keadaan terhuyung haying, mengantuk, letih, berat dan malas , kerana Allah sudah memberi kita segala-galanya sepanjang hidup kita. 

Allah beri nyawa , kesihatan, pakaian , kenderaan , suami,isteri, anak-anak , makanan dan banyak lagi. Tidakkah sepatutnya kita berterima kasih, bersyukur kepada Allah. Datang ke surau dan mesjid –mesjid untuk bermunajat dan bertafakur sebentar ?

Rasullullah S.A.W bersabda dengan maksud:

“Barang siapa yang mengerjakan solat malam dengan membaca 10 ayat Qur’an , dia tidak dituliskan termasuk orang-orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakan solat malam dengan membaca 100 ayat Qur’an dia akan ditulis termasuk dalam orang yang Qunut. Dan barangsipa mengerjakan solat malam dengan membaca 1000 ayat Qur’an dituliskan dalam sebagai orang yang kaya” (HR Abu Daud)

Orang yang tidur dan meninggalkan solat malam disebut Rasullullah S.A.W sebagai:

“Orang itu telah dikencingi kedua telinganya oleh syaitan” (HR Al Bukhari dan Muslim)

Kalau di ‘kencing’ sesama manusia pun menimbulkan marah yang amat sangat pada kita, inikan pula dikencingkan oleh syaitan.

Bangunlah malam  ini dan sama-sama kita solat malam kerana Allah menunggu kita untuk memperkenankan apa-apa yang dipinta dan banyak keajaiban yang indah-indah akan berlaku. InshaaAllah . Terima kasih kerana mengambil masa membaca dalam kesibukan anda.



Quote of the day 




No comments:

Post a Comment