Ramai ibu bapa Islam sekarang menghadapi anak-anak bermasalah, sama ada dari segi akhlak, pergaulan, dadah, pendidikan agama dan lain-lain. Semoga dengan sedikit tips dibawah ia dapat mengurangkan masalah mereka, InshaaAllah:
1. Jadikan tugas keibu-bapaan lebih bersungguh-sungguh dari jawatan ataupun kerja-kerja lain. Ingat bahawa tugasan ini akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak.
2. Kurangkan tugasan kerja yang kurang mustahak saperti ‘kerja lebih masa’, mesyuarat berpanjangan yang tak menentu, bersosial atau bersukan di pejabat. Ingatlah bahawa mengorbankan sedikit kemewahan adalah lebih baik dari mengabaikan pengurusan anak-anak dirumah.
3. Baca Al Qur’an , fahami maksudnya paling kurang lima minit sehari. Ini akan memberi anda kekuatan untuk mendidik anak-anak dan kekuatan hubungan dengan Allah.
4. Ikuti ceramah-ceramah agama di tempat anda . Jika tiada ceramah saperti itu, bantu Imam ataupun AJK Surau untuk memulakannya. Anak-anak akan terpengaruh dengan usaha anda. Jauhkan mereka dari terlalu banyak menonton TV.
5. Hormati anak-anak anda dengan maksud jangan menjerit-jerit ketika memarahi mereka. Jangan malukan mereka. Libatkan mereka dengan kerja-kerja dirumah.
6. Libatkan diri anda dengan perkara-perkara yang diminati anak-anak. Luangkan masa untuk menyaksikan sukan mereka, atau lihat koleksi stem mereka atau tanya perkembangan latihan syarahan mereka dan lain-lain.
7. Awasi permasalahan anak-anak. Selesaikan masalah mereka secara peribadi dan terhormat. Dengar rintihan mereka sebelum mereka mengadu kepada ‘kawan-kawan yang hanya akan mengambil kesempatan atau menangguk diair keruk”
8. Ajak anak muda anda keluar bersendirian dengan anda. Cara ini boleh memberi peluang kepada mereka meluahkan sesuatu pada anda tanpa kehadiran ibu tau abang, adik yang lain.
9. Jangan semata-mata menjadi ibu bapa, jadilah kawan mereka. Beri mereka tanggungjawab melakukan kerja-kerja untuk keluarga dirumah.
10. “Bina Mesjid” dirumah. Khususkan satu ruang khas untuk solat dan libatkan seluruh keluarga dalam solat berjemaah.
11. Wujudkan perpustakaan Islam , tempat rujuk anak-anak dan membiasakan mereka dengan kebiasaan mencari ilmu.
12. Biasakan membawa mereka menghadiri aktiviti keIslaman.
13. Bantu anak-anak mewujudkan ‘kumpulan’ atau ‘kelab’ bersama kawan-kawan mereka . Cara ini kita melatih anak-anak hidup bermasyarakat, menjuruskan aktiviti bersih dan sekali gus dapat menonton kegiatan mereka.
14. Adakan ‘usrah’ atau perjumpaan keluarga setiap minggu. Cara ini kita dapat meluahkan perasaan dan nasihat pada anak-anak dan mereka pula berpeluang ‘mengadu’ apa rintihan mereka, pada waktu yang sama ke eratan kekeluargaan akan dapat dijalin.
15. Doa. Hanya Allah yang dapat mengubah segala-galanya, tetapi dengan usaha yang kita lakukan , InshaaAllah pertolongan akan menyusul. Berdoa juga dihadapan anak-anak supaya mereka bertambah yakin dengan kasih sayang anda.
Di harap anda dapat menyampaikan perkara ini kepada keluarga lain supaya negara kita akan lebih aman dimasa akan datang. Usaha anda juga akan dikira Allah sebagai ibadah. Terima kasih atas masa yang diberikan untuk kesejahteraan kita bersama.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment