Monday, July 22, 2013

NAK MASUK SYURGA




Pagi tadi saya membawa anak untuk mengambil Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) untuk membolehkan dia belajar di Malaysia Timur (Sarawak). Ramainya orang diPejabat Imigresen Selangor memang tak terkira. Melihat keadaan itu pun sudah cukup memenatkan. Lalu terkeluar soalan dari anak perempuan saya “Kalau nak keluar negara pun manusia berbondong-bondong berbaris mengambil passport, bagaimana kalau nak masuk Syurga ? tanya beliau.

Saya menjawab “Nak masuk Syurga mudah saja , ada Hadis Rasullullah S.A.W mengatakan , melalui riwayat Al Bukhari yang bermaksud :

“Semua umatku akan masuk Syurga kecuali orang yang enggan” . Baginda ditanya : “Siapakah yang enggan? Baginda bersabda “Sesiapa yang taat kepada ku ia akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaku ia akan masuk neraka” Al Bukhari

“Maksudnya” saya berkata kepada anak saya :
“Orang yang bakal memasuki syurga adalah orang yang taat kepada Rasullullah S.A.W sedangkan pengertian orang yang tidak mahu memasuki syurga adalah mereka yang derhaka kepada Baginda S.A.W .

Oleh itu saya mengingatkan diri saya keluarga saya dan pembaca semua supaya meneruskan hidup ini berlandaskan Al Qur’an dan Hadis supaya dipermudahkan masuk Syurga Allah InsyaAllah . Terima kasih.


Quote of the day


No comments:

Post a Comment