Tuesday, July 16, 2013

SAYANG ANAK DITIKAM TIKAMKAN?





Dalam kesunyian Ramadhan baru-baru ini saya terdengar bunyi kucing bergaduh diikuti bunyi tembikar pecah didepan rumah. Rupa-rupanya kucing betina yang baru melahirkan anak menyerang se ekor kucing jantan hingga menyebabakan tempat makan mereka pecah. Begitulah sayangnya ibu kucing hingga sanggup melawan kucing jantan yang lebih besar, semata-mata kasih pada anaknya.



Lain pula ceritanya di Barat Cina di daerah Jiangsu. Seorang ibu menikam muka anaknya dengan gunting kerana menggigit buah dadanya ketika menyusu. Budak berumur 8 bulan itu Xiao Bao ditikam hingga 90 kali dan terpaksa menerima 100 jahitan . Ibunya dikatakan tidak memiliki sejarah sakit otak atau gangguan mental.

Kejadian saperti ini bukanlah berlaku dinegara yang penduduknya terlalu ramai rakyatnya susah atau berpendidikan rendah sahaja. Ia berlaku juga di New Jersey Amerika Syarikat awal tahun ini. Seorang ibu Dr. Victoria menikam anaknya berumur 7tahun sebanyak 31 kali. Di Detroit pula juga di Amerika syarikat , Semeria Greene 26 tahun menikam anak perempuannya sampai mati.

Mengapakah agaknya jenayah berlaku . Secara ringkasnya ialah disebabkan faktor-faktor berikut: (Sumber artikal daripada majalah Solusi isu No 4)

1. HAWA NAFSU

2. SYAITAN

3. RAKAN TAULAN

4. DUNIA

5. DIDIKAN DI RUMAH

6. PERSEKTARAN DAN MASYARAKAT

7. PEMIMPIN DAN KETUA MASYARAKAT

Inilah faktor-faktor utama yang menyumbang kadar jenayah atau pelaku maksiat.

Kepada kita orang Islam , Allah telah menunjukkan benteng utama untuk mengelakkan semua ini dengan ‘TIDAK MARAH’



Marah mengikut Al-Jurjani ialah perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah didalam hati untulk menghasilkan kelegaan dalam dada. Marah juga bererti mengkehendaki kemudaratan kepada orang yang dimarahi. Maka lawan marah itu adalah redha.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda “BUkanlah orang kuat itu orang yang selalu mengalahkan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah”

Terima kasih kerana sudi bersama saya. Jangan marah-marah ya! Selamat beramal di bulan Ramadhan ini. 


Quote of the day




No comments:

Post a Comment