Banyak rentetan kisah yang menyebabkan akhirnya Lauren Booth (adik ipar Tony Blair) memeluk Islam. Di antara kisah yang di ceritakan beliau ialah: Berjumpa orang Islam , “Pengalaman pertama saya ketika berjalan di Tebing Barat Palestin kesejukan . Bag pakaian saya telah di tahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Israel.
Semasa meninjau-ninjau di Ramallah , tiba-tiba seorang wanita tua Arab menarik tangan saya ke dalam rumahnya. Adakah ini satu penculikan ‘terrorist’ tua?
Bercakap dengan cepat dalam bahasa Arab , dia memilih –milih pakaian dalam almari anaknya. Saya di berikan sehelai ‘coat’ topi dan tudung.
Kemudian saya di hantar semula ke jalan saya mula-mula di temui. Di beri satu ciuman dan lambaian yang penuh kasih sayang . Tidak ada satu perkataan yang kami bualkan.
Ini adalah satu perbuatan bermurah hati yang tidak akan saya lupakan dan saya telah saksikan beratus kali dari umat Islam yang di tindas dari seluruh dunia. Malangnya cerita ini tidak mendapat tempat di media-media Barat.”
Allah sangat menuntut sifat pemurah dari hamba-hambanya. Rasullullah S.A.W bersabda , berfiman Allah azzawajalla :
“Ini adalah agama yang telah Aku redhai untuk diriKu sendiri, dan tidak dapat di jalankan kecuali mereka yang pemurah dan berakhlak baik, kerana itu muliakanlah dengan kedua sifat itu selama kamu menganutnya”
Baginda Rasullullah S.A.W pula bersabda bermaksud:
‘Tidak akan berkumpul sifat bakhil dan iman dihati seorang hamba” (Hadis Sahih Riwayat Nasa’i)
Seterusnya Rasullulah S.A.W menyatakan bahawa orang-orang pemurah itu di kasihi Allah , maksud hadis Rasullullah S.A.W :
“Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang bakhil itu jauh daripada Allah , jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang-orang yang jahil tetapi pemurah itu lebih di sayangi allah daripada seorang abid yang bakhil” . (Hadis riwayat Tirmizi)
Sama-samalah kita amalkan sifat pemurah ini mudah-mudahan ia dapat mempamirkan keindahan Islam itu. Terima kasih atas masa anda, sampaikan bila anda ada peluang.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment