Tadi, selepas solat Jumaat seorang pekerja mesjid menarik tangan saya ke belakang Mesjid. Rupa-rupanya nak beri bubur lambuk. Terkejut saya melihat timbunan bubur lambuk yang belum di ambil orang.
Malam tadi pula pergi bayar fitrah di satu surau, ternampak juga bubur lambuk yang belum di makan. Waktu sudah jam 12 tengah malam.
Di surau saya sendiri di SS18 Subang Jaya terdapat juga bubur lambuk yang tidak termakan , walaupun tahun ini AJK memutuskan tidak menyediakan ‘more’ kerana tidak mahu terlibat dalam pembaziran. Begitu jugalah keadaannya di beberapa negara lain di dunia ini.
Apakah dalam keadaan mengejar pahala dengan melipat ganda ibadah umat Islam tidak takutkan amaran Allah tentang pembaziran. Allah berfirman dengan maksud :
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah Al-Isra’:27)
Firman Allah lagi dengan maksud :
“Dan juga mereka ( yang diredai Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan hartanya tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana”
Malulah kita kepada Syarikat Air Mineral di Britain dan Australia yang telah menggunakan hadis Nabi Muhammad S.A.W dalam kempen jangan membazir air.
Nampaknya di Malaysia ini bukan saja bubur lambuk berlambak, malah orang ambil wudhu’ pun gunakan air berlambak-lambak. Malangnya pahala banyak berlambak tanpa di ambil peluang mengumpulkannya. Mujurlah orang sudah tidak berjoget lambak lagi , Alhamdulillah . Terima kasih kerana tidak membazir.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment