Semasa saya disekolah rendah dulu, datuk saya yang dikenali sebagai Pak Bokar (Abu Bakar) di Kampung Culik Gopeng Perak selalu mengambil sumber air sawah dari Gua tempurung. Ketika itu kami tidak mengetahui rupa-rupanya ada gua batu kapur yang besar didalamnya. Berukuran 1.9 km dari pintu masuk timur hingga kepintu keluar dibarat. Ketinggian bumbung gua pula ialah 120m dari ketinggian Gunung Tempurung 497m.
Selain dari sistem sungai dalam gua , yang memeranjatkan lagi gua tersebut adalah tempat ahli-ahli PKM ( Parti Komunis Malaya) bersembunyi, dari tahun 1950 ke 1960han . Hinggakan ada ruang gua ( kubah besar) didalam Gua Tempurung tersebut dinamakan "Lee Meng's Hide Out" . Gua-gua (kubah-kubah) lain dinamakan pula ‘Gergasi Cavern’ kerana terlalu besar. ‘Battlefield’ , ‘Fallen Warrior’ dan Gua tongkat, kerana ada ‘stalagmite’ yang berupa tongkat.
Diantara lain-lain rahsia yang disimpan oleh Gua Tempurung ialah pembentukan semula jadi ‘stalegmite’ dan ‘stalectite’ yang berbentuk binatang dan ukiran semula jadi yang menakjubkan .
Gua Tempurung ini telah wujud kira-kira pada tahun 8,000 sebelum masihi (BC) . Mula dimasukkan kedalam peta negeri Perak pada tahun 1887. Hanya pada tahun 1997 perkhidmatan ‘pemandu pelancung’ memasuki gua dimulakan. Pada tahun 2005 sahaja seramai 70,000 orang telah melawat Gua Tempurung. Pergilah ke Gua Tempurung untuk menyaksikan kebesaran Allah mentadbir alam ini. Mudah mudahan iman kita bertambah.
Kepada anda yang belum berkesempatan ke Gua tempurung, saya mencadangkan anda meneroka satu lagi rahsia: Rahsia Sains dalam Al Qur’an. Didalamnya banyak terdapat rahsia-rahsia yang bukan saja memeranjatkan kita malah saintis yang bukan Islam . Ketepatan Al Qur’an itu bukan saja tidak dapat disangkal oleh saintis malah ia membuktikan Al Qur’an itu adalah ayat Allah. Diantara rahsia-rahsia Al Qur’an ialah :
1. Pergerakan carkawala – Al Anbiya 21:33 bermaksud:
"Dan Dialah (Tuhan ) yang telah menjadikan malam dan siang , serta matahari dan bulan, tiap-tiap satunya beredar terapung-apung ditempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)"
2. Gunung sebagai paku dunia – Al Anbiya 21:31 bermaksud :
"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka, dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani".

3. Dua laut yang tidak bercampur – Ar Rahman 55: 19-20 bermaksud :
"Ia biarkan air dua laut ( yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu", "Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya".
"Ia biarkan air dua laut ( yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu", "Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya".
4. Sistem kandungan rahim ibu ( Embriologi) – Az Zumar 39:6 bermaksud:
"Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) , kemudian Ia menjadikan daripadanya -isterinya (Hawa), dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor : (empat) pasangan (jantan dan betina ). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kekuasaan yang mutlak, tiada Tuhan melainkan Dia, oleh itu bagaimana kamu dapat di pesongkan ( dari mematuhi perintahNya?)"

5. Susu ibu – Luqman 31:14 bermaksud :
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian ) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, da (ingatlah0 kepada Akulah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan)."

6. Berpasangan – Ad Dhariyat 51:49 bermaksud :
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami )
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami )
Rahsia dan keajaiban Al Qur’an ini telah banyak membuka hati-hati manusia untuk memeluk Islam . Bagi kita sudah pasti ia akan meningkatkan tahap keimanan kita. Terokailah Al Qur’an dan ambillah rahsia-rahsianya yang masih banyak tersembunyi. Mudah sungguh untuk beribadah , lebih mudah dari menjelajah Gua Tempurung , di kampong saya Kampung Cholek Gopeng Perak. Terima kasih atas bersama mengembara hari ini.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment