Pagi tadi lepas solat Subuh saya bergegas ke Zoo Negara menghantar dua orang anak saya untuk menjalankan kerja-kerja kesukarelawan di sana. Bila sampai ditempat pendaftaran saya lihat ramai anak-anak bangsa asing yang turut mendaftar Bukankah orang-orang Islam yang patut mendahului kerja-kerja kebajikan saperti ini?
Banyak perkara-perkara yang boleh kita buat.Menolong orang susah , membantu anak-anak yatim, membersihkan kubur atau taman-taman awam, membersih pantai dan banyak lagi. Di London , ada sekumpulan orang-orang Islam yang menjadi sukarelawan, menjadi pemandu pelancung dalam Mesjid. Bukankah ini satu kerja yang mulia .Selain dari bercerita tentang mesjid boleh juga diselitkan keindahan Islam itu sendiri.
Maksud hadis Rasullullah S.A.W “Sebaik –baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain” (Hadis dari Qudai’ie dari Jabir r.a )
“Siapa yang bangun pagi tanpa mengambil berat tentang urusan kaum Muslimin maka dia bukan dari golongan mereka” ( HR al Baihaqi)
Bila membuat kerja-kerja kesukarelawan ini, kita dapat meringankan beban orang lain. Dapat mempamirkan keindahan Islam kalau membantu orang-orang bukan Islam . Dapat pahala dari Allah dan pada waktu yang sama dapat memperbaiki diri kita supaya lebih produktif saperti:
1. Menggalakkan pengurusan diri anda lebih tersusun.
2. Menggalakkan penilaian diri
3. Menggalakkan persaingan yang baik
4. Menjadi satu motivasi diri
5. Melahirkan satu visi dalam kehidupan
Kesimpulannya satu cara terbaik untuk menjadi umat Islam yang produktif ialah terus istiqamah membuat kerja-kerja bernilai tinggi dan menyatukan umat Islam. Jika medan kerja dinegara ini sudah tidak begitu mencabar , mengapa tidak luaskan kerja sukarelawan anda keluar negara dan sekaligus menjadi duta Islam disana. Jangan tunggu-tungg lagi , buatlah sesuatu sekarang. Terima kasih kerana turut berkongsi berfikir.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment