Semua orang Islam akan terlibat dengan pengisian Ramadhan, cuma yang berbeza ialah satu kumpulan akan terlibat dengan pengisian perut berlebihan dan satu lagi akan terlibat dengan penghayatan Ramadhan dalam maksud ibadah.
Di antara penghayatan mudah dalam beribadat dibulan Ramadhan adalah:
1. Bangun untuk makan sahur dan baca al Qur’an sebelum dan selepas solat subuh.
2. Cuba dapatkan sedikit tidur sebelum Zohor.
3. Berakhlak baik. Sabar. Cari keredhaan Allah, bukan ‘apa orang kata’
4. Berilah dengan murah hati. Sama ada bantuan makanan pada anak yatim, wang ringgit atau senyuman yang mengembirakan.
5. Jangan makan berlebihan . Mulakan dengan kurma (tamar) , minum dan solat, kemudian baru makan. Kalau memasak , kurangkan menggoreng. Rebus atau panggang makanan anda.
6. Banyakkan minum. Elakkan minuman yang manis-manis. Minum teh herba atau air buah yang tidak ditambah gula atau air kosong.
7. Hadiri atau susun majlis berbuka puasa bersama jemaah setempat.
8. Beri peruntukan waktu untuk Allah. Munajat ataupun berdoa keseorangan pada Allah.
9. Carilah malam Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir, ia adalah malam pelaburan dan ganjaran yang paling tinggi di bulan Ramadhan. Jangan sesekali lepaskan peluang ini.
10.Awalkan memberi zakat fitrah. Jika setiap kebaikan kita dikira sebagai amal di bulan biasa, ia akan diberi ganjaran yang lebih dibulan Ramadhan. Kita perlukan semua bekalan ini disaat-saat kita bertemu dengan Allah nanti.
Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment