Wednesday, July 17, 2013

CARA MENJADI ORANG ISLAM YANG KUAT




Sempena bulan Ramadhan ini tentu ramai di antara kita yang  mempertingkatkan ibadah masing-masing. Amalan yang baik ini mestilah diteruskan dan istiqamah adalah di antara sifat yang terpuji dituntut oleh Islam.

Seorang Islam yang kuat mempunyai keimanan yang kukuh yang memberi orang sekeliling dan beliau sendiri kekuatan dalaman dan luaran. Jika anda mengamalkan cadangan dibawah ini , InshaaAllah anda akan menjadi Muslim sejati dan dikasihi Allah.

1. Terima hakikat yang Allah wujud dan sifatnya melepasi pemikiran kita. Beriman juga kepada Nabi-Nabi dan Kitab-Kitab yang diturunkan.

2. Solat seikhlas mungkin. Solat tepat waktunya dan berhentikan perkara-perkara yang menghalang anda dari menyegerakan solat.

3. Solat Tahajjud walupun dua rakaat.

4. Zikir dengan menyebut nama Allah setiap hari. 

5. Bersyukur atas segala pemberian Allah.

6. Lindungi kesucian anda. Berpakaian menutup aurat dan jaga perkataan anda. 

7. Tetapi janji. Kalau ada masalah minta maaf atau beri tarikh baharu.

8. Hormati pendapat orang lain.

9. Berpuasa kerana Allah .Amalkan juga puasa sunat.

10. Jangan sesekali berbohong

11. Santuni keluarga.

12. Sentiasa berusaha kearah kebaikan

13. Amalkan kebaikan terhadap semua, bukan saja terhadap manusia malah binatang dan alam sekitar.

14. Sentiasa membantu ibu bapa . Itupun anda tidak dapat membalas jasa mereka sepenuhnya. Tetapi Allah sentiasa redha dengan perbuatan anda yang tidak menghampakan ibu bapa.

15. Jangan sesali atau merintih atas kematian orang tersayang , Allah lagi sayang pada mereka dan menjadikan kematian sebagai kerehatan bagi mereka yang mati.

16. Jangan membazir masa atas sesuatu yang tidak berfaedah.

17. Baca Al Qur’an dan Hadith setiap hari.

18. Cari ilmu sebanyak mungkin walaupun ilmu itu berada ditangan musuh.

19. Selalu berfikiran bersih , betul dan positif.

20. Jaga kebersihan termasuk pakaian , rumah dan peralatan rumah.

21. Selalu bantu anak yatim dan orang miskin dengan cara apa sekalipun.

22. Sentiasa bertaubat jika melakukan dosa.

23. Untuk menjadi Muslim yang baik, sentiasa mengikut perintah Al Qur’an dan Hadis. Ikut Allah dan ikut Rasul.

24. Cari ilmu dari sumber yang betul dan selalukan berguru pada yang beramanah.

Selain dari 24 perkara ini anda boleh menambah banyak ciri-ciri kebaikan yang lain dan InshaaAllah anda akan menjadi orang Islam yang kuat dari sudut fizikal dan rohani. Terima kasih.


Quote of the day



No comments:

Post a Comment