Sunday, July 21, 2013

IKAN INI MAKANAN KUCING SAYA




Pagi tadi saya ke Pasar Minggu membeli ikan.  Sampai di gerai ikan, peniaga melaungkan ikan murah. Selonggok besar cuma lima ringgit. Ikan sudah pecah-pecah perut. Tiba-tiba datang seorang wanita berkali-kali melaungkan “Beruntung kucing saya hari ini, ada ikan murah untuk mereka”

Sama ada ikan itu betul-betul diberi kepada kucing atau tidak saya tidak pasti. Yang pasti wanita-wanita Indonesia yang sedang memilih-milih ikan tersebut tunduk dengan malu kerana ikan yang mereka makan cuma ‘standard’ untuk kucing sahaja. Itu rasa saya sudah menghina perasaan orang lain.

Lebih parah lagi jika perbuatan itu dikatakan sebagai menghina makanan saperti yang dikatakan dalam hadis Rasullullah S.A.W yang maksudnya:

“Nabi S.A.W tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda menyukainya Baginda memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya (tidak memakannya)  HR Bukhari

Hati-hatilah dengan perbuatan dan percakapan kita supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.Terima kasih.


Quote of the day




No comments:

Post a Comment