Monday, July 15, 2013

RAHSIA AWET MUDA ANAK MR. BRIAN




Satu Ramadhan baru-baru ini saya ke Jeti Nelayan Kg Sungai Sireh Tambahan Pelabuhan Kelang untuk mengambil cermin mata yang telah tertinggal. Disana saya terjumpa seorang yang dah berumur, lalu bertanyakan namanya. “ Saya Kamaluddin Bin Mr Brian” . Saya tersenyum kerana mengira jawaban itu satu jenaka. “Betul !” katanya bila melihat saya tersenyum kambing. 

“Datuk saya menamakan bapa saya Ibrahim, tapi pendaftar zaman British menulis namanya Mr. Brian. Nama saya sebenarnya Awaluddin , ditambah ‘K’ , ditambah ‘M’ jadi Kamaluddin.”



Melihat keadaan beliau yang masih sihat , banyak tersenyum ,periang , saya bertanya pula umurnya . “87 tahun” kata beliau . Terus saya bertanya lagi. “Apa rahsia awet muda abang?” tanya saya.

“Allah” jawabnya. Saya rasa semacam terpegun dan terdiam sebentar. Sambungnya lagi “Buat segala yang diperintah dan tinggal segala yang dilarang”.

Kadang-kadang nasihat dan pengajaran itu terdapat ditepi jalan atau dikedai kopi , tapi kita mesti mempunyai hati terbuka untuk menerimanya, tanpa memilih-milih siapa yang menyampaikan nasihat tersebut.

Sama-samalah kita membuat segala yang diperintah dan meninggal segala yang dilarang oleh Alllah saperti yang dinasihatkan oleh anak ‘Mr Brian’. Terima kasih.


Quote of the day



No comments:

Post a Comment