Wednesday, July 10, 2013

SELAMAT DATANG RAMADAN





Kita alu-alukan kedatangan Ramadan dengan beberapa tips persiapan supaya Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu;

1. Beri tumpuan ibadah lebih dari bulan-bulan yang lain. Elakkan sifat negatif dalam  diri anda.

2.Jangan membazir masa. Tumpukan kepada Al Qur’an , Iman dan Islam keseluruhan.

3. Puasa bukan setakat lapar dan dahaga . Gunakan kesempatan ini membuat azam baru dalam ibadah anda.

4.Mula tinggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Berhenti merokok. Kurangkan menonton TV. Kawal percakapan. Tambahkan penghormatan terhadap ibu bapa dan lain-lain yang difikirkan perlu diperbaiki.

5. Pastikan anda bangun untuk makan sahur.

6. Tingkatkan taqwa.

7. Solat diawal waktu terutama Mahgrib . Jangan dilekakan dengan pelbagai juadah.

8.Banyakkan makan makanan yang mengandungi serat. Ini membaiki system pencernaan makanan anda dan terasa kenyang lebih lama.

9. Sabar awal Ramadan kerana perubahan jadual makan. Anda mungkin terasa lemah tapi itulah tarbiyah ( didikan ) dari Ramadan.

10. Keimanan kita mungkin turun dan naik, begitu juga dengan amalan kita . Sentiasa betulkan niat kita dan memohon pertolongan pada Allah.

SELAMAT BERPUASA. Terima kasih.



Quote of the day



No comments:

Post a Comment