Wednesday, July 3, 2013

HOBI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI




Banyak ciri-ciri orang yang mempunyai hobi dapat meningkatkan produktiviti. Apabila seseorang itu melakukan hobinya, secara tidak langsung ia mengasah bakat dan ciri-ciri untuk lebih produktif, diantaranya:

1.MEMBINA SIFAT FOKUS DAN KESUNGGUHAN
Sifat kesungguhan dikatakan saperti otot-otot, lebih banyak ianya digunakan lebih kuat kuasa gunanya dan sentiasa sedia untuk digunakan. Walaupun sifat ini terbina semasa melakukan hobi , ia boleh digunakan untuk kehidupan seharian.

2. PEMISAHAN DARI MATERIALISTIK
Kebanyakan hobi dilakukan bukan kerana keuntungan material, tetapi hanya menikmati kepuasan kesudahan hobi tersebut. Ini secara tidak langsung melatih pengamal hobi lebih menghayati kerja seharian dari tahap mula melakukan kerja hingga tamat.

3. MENGGALAKKAN SKILL PENGURUSAN WAKTU
Oleh kerana hobi dilakukan diwaktu lapang atau pun cuti, penggunaan waktu amatlah terhad. Secara tidak langsung anda menjadi pengurus waktu yang cemerlang.



4. MENGIRATKAN IKATAN KEKELUARGAAN
Hobi dapat menghilangkan ‘jerebu’ dalam keluarga dan sekaligus merapatkan semula hubungan yang renggang

5. MELUASKAN KREATIVITI ANDA
Hobi dapat menyerlahkan bakat tersembunyi. Walaupun hobi kadang kala tidak berkaitan terhadap kerja, tetapi keadaan tenang dan bersahaja dapat membantu anda berfikir dan menyelesaikan masalah-masalah kerja.


Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam kita mestilah memilih hobi yang tidak bercanggah dengan Islam dan hobi tersebut tidaklah setakat mengisi masa lapang semata-mata , diantara ciri-ciri hobi dalam Islam ialah:

1.Mestilah aktiviti yang halal.

2.Ia mestilah tidak menghalang anda dari melakukan ibadah wajib atau menyusahkan anda untuk beribadah.

3.Ia mestilah mendatangkan kebaikan , paling tidak untuk dunia ( saprti membaiki kesihatan anda).

4. Dapat mengingatkan nikmat Allah.

5. Dapat merehatkan atau menyegarkan anda.

6. Mesti dilakukan pada waktu lapang anda.

7. Ia mesti dalam kemampuan ( perbelanjaan ) anda , jangan terpaksa bersusah payah kerananya.

Berhobilah selagi ia mendatangkan kebaikan. Terima kasih.

Quote of the day
 



No comments:

Post a Comment