Pagi tadi saya mendengar satu ceramah agama yang disampaikan oleh Sheikh Tawfique Chowdhury. Di permulaan ceramah beliau telah membacakan sepucuk surat dari kawannnya yang hanya tinggal seminggu untuk hidup. Surat berbunyi begini:
“Assalamualaikum saudara Taufique. Aku menulis surat ini buat kali terakhir kerana aku sedang menunggu saat kematian ku. Aku tidak sempat menulis kepada ramai orang tetapi aku harap kau dapat membacakan surat ini setiap kali engkau menyampaikan ceramah.
Kita sudah lama kenal antara satu dengan lain. Aku hanyalah seorang Islam biasa. Cuba solat lima kali sehari. Berpuasa dibulan Ramadan. Pernah pergi Haji sekali. Aku mempunyai beberapa orang anak tetapi tidak pernah mengajarkan agama kepada mereka. Aku ada isteri tetapi tidak juga memperdulikan agama.
Sekarang saat- saat aku menunggu Malaikat Maut mencabut jawaku, kerana doktor kata aku boleh hidup seminggu saja lagi kerana sakit ‘pancreatic cancer’ , aku hanya ada satu perkataan untuk di luahkan – MENYESAL
Aku menyesal kerana banyak perkara yang aku tidak sempat lakukan. Aku ingin menghafal Al Qur’an , tapi tak kesempatan . Aku ingin memeluk ibu ku , tapi tak tercapai juga. Aku ingin untuk mengajarkan anak-anak ku Islam , Qur’an supaya mereka menjadi anak yang soleh, tapi tidak aku lakukan.
Aku ingin untuk bertemu Ramadhan sekali lagi, tapi nampaknya tidak akan kesampaian . Aku teringin mempelbagaikan bacaan ayat-ayat al Qur’an , tapi aku cuma menghafal Fatihah dan satu dua ayat-ayat pendek. Yang berlegar dikepala aku sekarang hanyalah SESALAN.
Tidak siapa yang akan mengingati aku kecuali engkau dan anak-anak dan isteri aku. Itupun kerana mereka akan sibuk membahagi-bahagikan harta yang aku tinggalkan. Kawan-kawan telah lama meninggalkan aku. Tidak ada apa-apa kebaikan yang aku tinggalkan . Satu perkara yang aku lakukan hanyalah manambah bilangan kubur dibumi Allah.”
Itulah sesalan demi sesalan manusia yang menunggu saat kematiannya. Bagi kita yang masih diberi Allah sedikit lagi peluang untuk bernafas ini hati-hatilah menggunakan waktu.
Saya mengingatkan diri saya dan anda semua supaya menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin supaya tidak turut MENYESAL nanti. Terima kasih kerana mengunakan masa anda sebaik mungkin dijalan yang diredhai oleh Allah.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment