Thursday, January 31, 2013

BURUNG DI UDARA KUCING DIDARAT ( PETUA MURAH REZEKI)




Satu pagi saya terdengar burung menjerit didepan rumah . Bila berkejar keluar, saya nampak seekor burung murai berada dalam mulut kucing. Hebat, bagaimana kucing didarat boleh menyambar burung yang terbang diudara. ?Adakah rahsianya saperti yang disebutkan oleh hadis Rasullullah s.a.w 

1. “Berpagi pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi pagi itu adalah berkat dan kejayaan’.

2. “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu , dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai , sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia diantara terbit fajar hingga terbit matahari” - HR  Al-Baihaqi

Banyak penulisan telah dibuat tentang petua murah rezeki , dari artikal sampailah kebuku. Sedikit petua saya petik dari ‘Whitey Mommy’ :

PETUA MURAH REZEKI
1. Solat 5 waktu

2. Amalkan solat Sunat Dhuha

3. Baca surah Al-Waqiah

4. Selalu beristigfar , berzikir dan berselawat

5. Sayangi dan hormati ibubapa

Walau bagaimana pun , bila dikatakan murah rezeki , jangan lah kita melihat dari sudut yang sempit. Sudut material saperti harta benda dan wang ringgit sahaja. Dijauhkan dari malapertaka adalah rezeki .Kesihatan , anak anak mengikut kata ibubapa , Allah beri kelapangan untuk beribadat adalah rezeki. Hinggakan orang sukakan kita pun satu rezeki.  ‘ Ijoks2009’ pula dikatakan : 

PETUA MURAH REZEKI

1. Menyempatkan diri beribadah 

2. Memperbanyakkan istigfar

3. Tinggalkan perbuatan dosa

4. Sentiasa ingat Allah s.w.t

5. Berbakti dan mendoakan ibubapa

6. Berbuat  baik dan menolong orang lemah

7. Tunaikan hajat orang lain

8. Banyak berselawat

9. Buat kebajikan banyak banyak

10. Berpagi pagi memulakan aktiviti

11. Menjalin siraturrahim

12. Melazimi kekal berwudhuk

13.Bersedekah

14. Melazimi solat malam ( Tahajjud)

15. Melazimi solat Dhuha

16. Bersyukur kepada Allah s.w.t

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu ( Waqiah dll)

18. Berdoa

19. Berikhtiar sehabisnya

20.Bertawakal


Terima kasih kerana sudi melapangkan waktu untuk berkongsi ilmu.


Quote of the day


Be with Allah . You will find Allah with you.

Wednesday, January 30, 2013

CARA MENGGEMBIRAKAN SESEORANG




SYARAT UTAMA: 

Anda mesti mempunyai hati yang ikhlas . idea yang indah , tidak kedekut, penyayang dan segera bertindak.

1. Buat panggilan telepon . galakkan yang bermasalah bercakap dan dengar sepenuh hati .

2. Hantar ucapan dan rangsangan melalui e-mail atau kad.

3. Ajak yang bermasalah mengalami permandangan persekitaran baru.

4. Segera tawarkan bantuan dalam apa bentuk sekali.

5. Pamirkan atau buat sesuatu yang menyeronokkan atau melucukan.

6. Beri sedikit hadiah.


Nota: Dalam satu kajian , KETAWA boleh menurunkan kolestrol dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Quote of the day


The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up

TIP KECANTIKAN !





1.  Untuk bibir yang menarik selalukan bercakap tentang kebaikan.

2.  Untuk mata yang cantik , lihatlah kebaikan pada orang lain.

3.  Untuk badan yang langsing , kongsi makanan anda dengan orang miskin.

4.  Untuk rambut yang rapi , damping anak anak kecil , supaya dia selalu mengusap rambut anda.

5. Untuk keterampilan , berjalan dengan kefahaman bahawa Allah sentiasa memerhatikan anda.


Ingatlah , kalau anda memerlukan tangan tangan untuk menolong , anda dikurniakan oleh Allah dua tangan , satu untuk menolong diri anda sendiri dan yang satu lagi untuk menolong orang lain.Bantulah mereka yang kurang  bernasib baik , yang memerlukan bantuan , pasti keseluruhan hidup anda akan bertambah ‘CANTIK’.


Quotes of the day

The only lasting beauty is the beauty of the heart.

Perfume yourselves with the fragrance of seeking forgiveness, don't let  the stench of sins pollute you.

Monday, January 28, 2013

GIGIT GIGIT SEMUT




Pagi tadi semasa berjalan ditaman surau , saya terpijak sarang semut merah. Banyak yang mengigit kaki saya. Lama juga baru boleh buang semut semut tersebut.

Saiz semut itu amat kecil dibanding dengan kita . Otaknya lagi kecil. Tapi keberaniannya agak luar biasa bila berdepan dengan musuh.

Macamana kita bila berdepan dengan musuh, bukan saja musuh yang boleh membunuh kita tapi yang lebih teruk lagi musuh yang boleh merosakkan akidah kita dan mencemarkan agama kita.

1. Beranikah kita menegur anak anak dan isteri yang tidak menutup aurat.

2. Beranikah kita memarahi anak dan isteri/suami yang tidak cukup solatnya.

3. Beranikah kita melarang tanggungjawab kita dari menonton perkara perkara yang tidak sesuai dengan Islam.

4. Beranikah kita menasihati anak, keluarga atau kawan kawan berhenti merokok.

5. Beranikah kita untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Kalau tidak malulah kita kepada semut semut kecil tadi yang sanggup berkorban demi mempertahankan sarang dan masyarakat mereka dari diganggu manusia/musuh. Kalau kita tidak menggigit musuh musuh Islam , satu hari kita akan cuma menggigit   jari sahaja. Terima kasih. 


Quote of the day


Victory is gained by resolutions and determination – Prophet Muhammad (p.b.h)

Sunday, January 27, 2013

PARKER – Made in UK




Tadi saya tercari -cari pen nak mula menulis artikel hari ini . Mula menulis dengan pen Parker , tapi dakwat tak keluar . Kemudian cari pen lain yang harganya cuma 55sen. Alhamdulillah, lancar . Teringat saya satu cerita  :-

Sekumpulan professional muda yang runsing ( stress) berjumpa bekas pensyarah mereka untuk minta nasihat . Pensyarah menghidangkan air . Oleh kerana tetamu begitu ramai, terpaksalah pensyarah tersebut menghidangkan air dalam cawan yang berbagai jenis. Bila hidangan sampai semua berebut cawan yang cantik dan nampak mahal.

Kemudian pensyarah memulakan nasihatnya “Awak semua stress , bermasalah kerana terlalu mengutamakan kecantikan luaran, status, symbol dan harga yang mahal. Walaupun airnya  (isinya) sama tapi awak semua berebut pada cawan yang cantik”. 

Perkara yang sama juga berlaku pada kebanyakan manusia zaman sekarang . Dari dibangku sekolah telah memilih barang barang berjenama walaupun kegunaannya tidak berbeza. Kasut , basikal dan baju mahal- mahal belaka. Yang mula bekerja pula berterusan menukar handphone, selagi ada model baru. 

Jam tangan , kalau yang harga Rm seribu  boleh menentukan waktu yang tepat , mengapa mesti membeli jam yang harganya Rm lima ribu .Umur meningkat lagi ‘main’kereta pula. Dari satu jenis ke jenis yang lain . Begitulah seterusnya , Kalau mampu dan tidak membebankan takpe juga. Itupun kan lebih baik menabung.

Ringkasnya kita sepatutnya sederhana dalam banyak keadaan supaya tidak timbul tekanan yang tidak menentu . Terima kasih.


Quote of the day 

“The truly rich are those who enjoy what they have”.