Friday, November 1, 2013

ANAK BELIKAN BABI UNTUK IBU BERBUKA PUASA





Petang tadi saya terbaca artikel posting diatas dari ‘agungmandala.mywapblog.com’ Kisahnya saperti berikut :
Sekitar awal 90 an,seorang
pemuda 30 an menjerit-jerit
seorang diri di rumahnya tiap kali
sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan Ramadhan.

dia meraung setiap hari bagaikan
orang yang diserang
histeria,seseorang membawa lelaki
itu bertemu dengan
pensyarah UITM KELANTAN ( seorang Ustaz ) untuk diobati.

Pemuda itu kemudian
menceritakan satu peristiwa
menyayat hati.

Ceritanya beberapa tahun sebelum
itu dia tinggal dengan Ibunya.Dia
seorang yang nakal dan liar. Tidak
mengerjakan sholat dan berpuasa.

Suatu hari Ibunya meminta dia
belikan lauk untuk berbuka
puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak
mau pergi ke pasar.Berulang kali
disuruh sang Ibu, dia tetap tidak
mau pergi.

Hingga akhirnya dengan perasaan
marah kepada Si Ibu yang terus
memaksa,dia terus ke pasar
dengan hati yang tidak ikhlas,
dibelinya daging untuk Ibunya
memasak. Si Ibu gembira,
berselera dia berbuka puasa hari
itu.

Pemuda itu berhenti bercerita
kepada Ustadz.Tiba-tiba dia
menangis lagi. Meraung bagaikan
dirasuki syaitan. Dalam sedu
tangisnya dia bertanya,
" Ustadz tau daging apa yang saya
beli ?", Ustaz menggeleng kepala
tanda dia tidak tau.

" Daging apa ?" Tanya Ustaz
kembali.

" Saya beli daging babi
Ustadz !,saya berdosa Ustadz
",jawab pemuda itu.

Ustaz ternganga tidak berkata,"
Masya Allah " Hanya itu saja yang
mampu diungkapkan.

Lelaki itu meneruskan ceritanya,"
Pernah satu hari dalam bulan
Ramadhan saya belikan daging
ular yang siap dipotong untuk Ibu
saya menyediakan lauk berbuka
puasa ", ceritanya lagi.

" Saya beritahu Ibu, saya belikan
ekor lembu untuk Ibu buat
sup.Maghrib itu Ibu berbuka
dengan sup ular yang disangkanya
sup ekor lembu ",Ya Allah besarnya
dosa Ustadz.

Dalam sedu tangisnya pemuda itu
memberi tahu Ustadz itu lagi.

Ibunya selepas itu ditimpa sakit
dan meninggal dunia. Selepas
meninggal dunia pemuda itu telah
insaf dan bertaubat.

Tetapi setiap kali tibanya waktunya
maghrib terutama bulan
Ramadhan, pemuda itu tidak dapat
melupakan kejahatannya memberi
Ibunya berbuka puasa dengan
daging babi dan ular.

Dia tak mampu menahan perasaan
bersalahnya ketika itu yang
menyebabkan dia akan menangis
setiap hari mengenang dosa-dora
kepada si Ibu yang sudah tiada.

Semua jamaah yang mengikuti
tazkirah malam itu terhanyut
sekali.Bayangkan pada zaman
modern ini ada anak yang
sanggup memperlakukan Ibunya
sendiri seperti dilakukan pemuda
tadi.

Ustadz menghabiskan tazkirah
malam itu dengan mengingatkan
Hadist Nabi bahwa malaikat
berdo'a, laknat Allah ke atas
mereka yang mengabaikan kedua
Ibu Bapaknya ketika mereka telah
tua.

Saya rasa elok kita ‘link’ posting ini dengan posting ‘landakmuda.blogspot’ yang terdahulu kerana tajuknya amat berkait rapat antara satu sama lain:

IBU , MAAFKAN SAYA IBU !

Syaitan tidak akan senang kalau manusia hidup berakhlak mulia , hormat menghormati dan hidup aman damai. Salah satu ruang yang digunakan syaitan ialah menghasut anak anak melawan , memarahi , menyakiti hati dan mengingkari ibu, kerana itu adalah salah satu dosa yang besar dan jalan pintas keneraka, kalau tidak segera bertaubat.

Apakah agaknya yang menyebabkan kita amat amat perlu menghormati ibu hingga dikatakan syurga itu terletak dibawah kaki ibu, selain daripada Allah, tak siapa yang tahu pengorbanan ibu kepada anak anaknya.

Diantara sebab sebab mengapa kita patut berterima kasih pada ibu :

1. Ibu anda membawa anda selama 9 bulan dalam perutnya, menahan sakit demi sakit.

2. Semasa mengandungkan anda ibu tak boleh makan dengan sempurna. Tak boleh tidur dengan lena.

3. Semasa anda bayi , ibu anda menjaga anda setiap saat.

4. Ibu anda hanya akan tidur sesudah anda tidur. Dia akan makan hanya sesudah anda makan.

5. Ibu anda tetap sabar dan mengasihi walaupun anda menangis semalaman ataupun seharian.

6. Ibu mengajar anda berjalan, mengajar anda bercakap, mengajar makan dan mengajar anda cara untuk hidup.

7. Bila anda sakit, ibu sentiasa merawat dan membelai anda.

8. Ibu sentiasa memasak dan menyiapkan makanan anda.

9. Ibu membeli apa yang anda minta.

10. Ibu tetap menyayangi anda walau apapun yang anda lakukan .



Ada lagi perkara- perkara yang dilakukan ibu anda yang tidak dilakukan sesiapa untuk anda dalam dunia ini. Dia risaukan anda dari lubuk hatinya yang ikhlas.
APA YANG IBU ANDA RISAUKAN ?

1. Dia risaukan makanan anda

2. Dia risaukan pakaian anda

3. Dia risaukan kesihatan anda.

4. Dia risaukan pendidikan anda

5. Dia risaukan masa depan anda

6. Dia risaukan segala- galanya tentang kehidupan anda.

Dalam Al-Quran Allah telah mengarahkan kita supaya bersikap lemah lembut terhadap ibubapa kita dan selalu mendoakan mereka :

“Ya Allah kasihanilah ibubapa kami saperti mereka mengasihani kami semasa kami kecil”

Rasullullah s.a.w juga telah mengarahkan kita supaya berbuat baik pada ibu kita kerana  ibu juga adalah ‘pintu ke syurga’ . Rasullullah s.a.w juga telah memberi amaran keras tentang balasan kepada mereka -mereka yang tidak menghormati ibu.
10 CARA MUDAH UNTUK MASUK SYURGA

1. Taat ibumu

2. Bantu ibumu

3. Senyum selalu pada ibumu

4. Berterima kasih selalu pada ibumu

5. Luangkan masa bersama ibumu

6. Selalu tanya ibu apa yang anda boleh bantu

7. Belikan hadiah untuk ibumu


8. Buat baik pada keluarga dan teman ibumu

9. Belajar bersungguh- sungguh dan hidup berakhlak supaya ibumu gembira

10. Sentiasa berdoa untuk ibu selepas solat.

AMARAN:

SESIAPA YANG MENGINGKARI DAN MENYAKITI IBU MEREKA AKAN DIHUMBAN KEDALAM API NERAKA

Sebanyak manapun kita cuba untuk membalas budi ibu , ia tidak akan terbalas, tapi kit cuma mencuba sedaya upaya. Doakan semoga Allah membalasnya. Selagi ibu kita masih hidup , kita masih mempunyai peluang keemasan untuk melakukan segala yang terbaik supaya kita tidak menyesal selama-lamanya nanti.

PERINGATAN:

Kita akan betul betul sedar nilai ibu kita bila mereka tidak bersama kita , apabila mereka telah meninggal dunia, tapi ketika itu semuanya SUDAH TERLAMBAT 
.
Sumber diterjemah dari : inter-islam.org



Quote of the day



No comments:

Post a Comment