Friday, November 15, 2013

KASIHNYA IBU – SI IBU BERUK







 Selepas solat Jumaat tadi saya berbual dengan seorang sahabat yang menceritakan anak dia menyaksikan satu kejadian kemalangan jalan raya. Seekor ibu beruk yang sedang mendukung anak, terlanggar oleh sebuah kereta. Anak beruk tercampak , tidak cedera , tetapi ibu beruk yang badan hampir hancur itu merangkak kepada anak, mencium anaknya kemudian mati.itulah kasih seekor ibu beruk .Kejadian yang berlaku dilebuh raya menghala Kuantan itu amat menyayat hati, walaupun kita cuma mendengar ceritanya, bayangkan kalau kita menyaksikan kejadian tersebut.
 


Kemudian saya teringat pula kisah gempa bumi di Sichuan , China pada tahun 2008 dulu.Pihak penyelamat telah memjumpai seorang ibu dalam keadaan sujud seolah-olah mempertahankan anak kecilnya dari timbusan tanah dan runtuhan lain. Yang anihnya , pihak penyelamat menjumpai SMS pada handphone ibu yang berbunyi ‘Kalau kamu selamat , kamu mesti ingat yang ibu mengasihi mu’ . Ibu sanggup mengorbankan nyawanya demi kasihnya kepada anak
.
Beruk kasihkan anak. Yang bukan Islam pun sayangkan anak. Bagaimana kita dengan anak-anak kita. Adakah kasih sayang kita sampai boleh menyelamatkan anak-anak kita dari dunia sampai akhirat.  Firman Allah dalam Surah Luqman :

Ayat 17
“Wahai anak kesayanganku , dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala’ bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”

Ayat 18
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjlaan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur , lagi membanggakan diri”.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda.



Quote of the day






No comments:

Post a Comment