Tuesday, November 19, 2013

GIAN MOTIVASI






Dalam pengamatan saya , betullah apa yang dikatakan “Umat Islam sekarang ini umpama buih dilautan” . Ramai , tetapi hanyut dibawa arus begitu sahaja.Yang masih belajar di Sekolah Menengah , ke sekolah seolah-olah tanpa tujuan. Yang bernasib baik ke university pun lebih kurang. Melanjutkan tabiat ‘bercouple’. . Perbualan sekitar hand phone, rancangan TV , fesyen, aksesori dan perkara-perkara remeh yang tidak menyumbang kepada peningkatan nilai pendidikan atau nilai hidup.

Yang sudah bekerja pun demikian masih dengan cara hidup ‘lagha’ , membuang masa dan banyak mengumpul hutang. Mungkin terdapat segelintir yang betul-betul faham akan matlamat hidup, tetapi peratusan lebih besar pula sudah mendominasi hidup sebagai ‘MAT GIAN’ , dengan dadah , berpeleseran dan tak kurang juga terlibat dengan arak dan perkara-perkara negatif lain.

Hari ini saya terjumpa satu artikal motivasi dari “Addicted to Success” dengan harapan terjemahan ini dapat memberi sedikit sebanyak motivasi pada anak-anak muda kita. Sama-sama kita bangun pagi dan bangun dengan 15 perkara yang meransang motivasi kita , lakukan tiap-tiap hari sampai kita ‘GIAN MOTIVASI’



1. Tuliskan cita-cita atau impian anda ‘dengan besar’ dipapan putih ataupun poster khas. Letakkan ditempat yang mudah dilihat setiap waktu.

2. Fokuskan matlamat HARIAN sahaja. Jangan sesali perkara yang sudah berlalu dan jangan runsing sangat dengan perkara yang akan datang.

3. Tumpukan kepada 3 perkara penting sahaja setiap hari. Jika anda cuba membuat terlalu banyak kerja ia akan memenatkan dan melemahkan semangat.

4. Amalkan disiplin . Hanya disiplin boleh membebaskan anda untuk membuat lebih banyak usaha , boleh mengelakkan anda dari menyesal satu hari nanti.

5. Sediakan suasana yang meningkatkan inspirasi anda. Belanja sedikit wang untuk menghias bilik. Warna-warna sekeliling mestilah memberangsangkan semangat anda. Jangan biarkan suasana keliling anda bersepah dan berserabut.



6. Sediakan kata-kata hikmat, kata-kata rangsangan dan ayat-ayat motivasi dipersekitaran anda. 

7. Beriadah setiap hari , otak yang bernas bersama badan yang sihat.

8. Siapkan matlamat –matlamat kecil yang boleh di ukur. Walaupun anda mempunyai matlamat yang besar , matlamat-matlamat kecil ini memudahkan anda memerhatikan pencapaian anda mengikut masa-masa tertentu.

9. Bekerja atau belajar diantara 90 -120 minit , kemudian berihat sebentar supaya anda tidak hilang tumpuan atau menjadi terlalu letih.

10. Jangan lakukan kerja-kerja yang membosankan . Kerja kerja kecil saperti ini tidak dapat melonjakkan semangat anda.



11. Bersihkan rumah atau tempat kerja anda seminggu sekali. Ini boleh meransang semangat anda

12. Pergi bercuti sebulan sekali. Pergi melihat alam semula jadi umpamanya dapat menyegarkan semula minda anda. Bawa buku nota untuk mencatit idea-idea baru.

13. Banyakkan membaca.

14. Siapkan nota ‘pencapaian’ anda setiap hari. Nota ini dapat membantu anda memilih waktu –waktu ‘bersemangat’ anda untuk melakukan kerja-kerja yang agak mencabar, dan melakukan kerja-kerja yang sedikit ringan di waktu-waktu tertentu.

15. Lawan ‘penghalang imaginasi’ dalam pemikiran anda. Penghalang-penghalang yang bermain dikepala anda hanyalah gangguan yang tidak wujud.

Sebelum dan sesudah perkara-perkara diatas adalah amat mustahak anda dahulukan dengan DOA , kerana dengan izin Allah lah segala-galanya akan tercapai, In shaa Allah. Terima kasih daun keladi , esok jumpa lagi. In shaa Allah.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment