Monday, November 11, 2013

FRIDAY KHUTBAH UNIMAS, 8-11-2013- HYPOCRITE






Semasa bersolat Jumaat di UNIMAS  baru-baru ini , saya tertarik akan khutbah yang disampaikan Khatib dalam bahasa Inggeris. Jarang-jarang kita dapat mendengar khutbah dalam bahasa Inggeris di sampaikan di Malaysia.

Yang lebih menarik lagi , khatib tidak terus berbicara tentang tajuk khutbah. Khatib bermula dengan mengatakan manusia akan gempar jika berlaku sesuatu wabak penyakit saperti H1N1 dan penyakit –penyakit berjangkit lain. Penerbangan antara negara dikawal. Bantuan kesihatan saperti penutup mulut , ubat-ubatan dan penyelidikan di biayai kerajaan-kerajaan . 

Peralatan moden untuk mengesan kuman penyakit tersebut juga disegerakan pembeliannya. Tetapi sambung Khatib ada satu gejala penyakit yang amat ‘serious’ yang tidak diperdulikan manusia ia itu ‘MUNAFIK’


Kemudian Khatib memperincikan ciri-ciri orang ‘MUNAFIK’ :

1. Bila bercakap selalu bohong.

2. Bila berjanji tidak ditepati

3. Bila diberi amanah – dia khianat

4. Bila bertengkar dia meninggikan suara dan selalu hendak menang walaupun terpaksa menegakkan benang basah.

Khatib menambah lagi ciri-ciri orang ‘MUNAFIK’  dari Al Qur’an yang mengatakan:

1. Mereka datang solat dengan persaan malas.

2. Mereka tidak menyumbang harta mereka kerana Allah.

Banyak lagi hukum dan kesan dari orang ‘MUNAFIK’ telah dihuraikan . Walau bagaimanapun seluruh khutbah begitu jelas dan lancar walaupun padat dan ringkas.

Selepas solat Jumaat saya sempat berkenalan dengan pelajar-pelajar UNIMAS yang begitu ramah dan bermotivasi tinggi.Terima kasih.



Quote of the day






No comments:

Post a Comment