Sunday, November 10, 2013

PERINGATAN – MENGAPA MESTI TAKUT ALLAH






7hb November lalu saya ke Kuching, Sarawak untuk ziarah anak yang menuntut disana. Semasa berjalan ditepi sungai Sarawak, saya terbaca papan tanda yang mengingatkan meminum arak dan dadah mendatangkan mudarat kepada manusia terutama umat Islam. Kita semua memang perlukan banyak peringatan sebab kita sentiasa lupa. Kalau banyak peringatan peringatan saperti itu , lagi baik untuk kita semua.

Imam Ghazali , Imam Ibn Qayyim dan Ibn Rajab Hambali ada memperingatkan MENGAPA KITA MESTI TAKUTKAN ALLAH :


Wahai hamba Allah , banyak sebab mengapa kita perlu takutakan Allah, diantaranya ialah :

1. Takut mati sebelum bertaubat

2. Takut mungkir janji akan taubat-taubat kita

3. Takut tidak mampu melaksanakan perintah Allah

4. Takut hati yang lembut menjadi keras

5. Takut kehilangan istiqamah

6. Takut terlalu mengikut nafsu

7. Takut menjadikan kita beramal kerana angkuh

8. Takut menjadi sombong dan ego sesudah mendapat kemewahan

9. Takut terpesong tumpuan , perhatian dan ketaatan bukan kerana Allah.

10. Takut berakhir dengan keburukan dan dosa setelah menerima kemewahan dunia.

11. Takut dihukum dan diazab awal semasa didunia lagi.

12. Takut terhina semasa mati.

13. Takut terpedaya dengan tarikan dunia.

14. Takut ditentukan mati dalam keadaan yang menggerunkan , menakutkan.

15. Takut akan soalan Munkar Nakir didalam kubur

16. Takut akan azab kubur

17. Takut  dan  gerun  akan huru hara semasa dibangkitkan dari mati.

18. Takut dan terasa hina semasa dibawa kehadapan Allah.

19. Takut dan malu semasa bertelanjang di padang Masyar

20. Takut bila ditanya akan setiap kesilapan kecil semasa didunia.

21 Takut akan titian Sirat yang halus lagi tajam menyeberangi Neraka

22.Takut dinafikan Syurga dan tidak dibenarkan melihat ‘Wajah Allah yang Maha Agung’

23. Ulamak mengatakan orang yang melakukan satu perkara yang baik mesti menakuti empat perkara, bayangkan orang yang melakukan dosa mesti takut pada segala-galanya.

Oleh itu PERINGATAN ini saya tujukan kepada diri saya , dan semua pembaca . Jangan jemu-jemu menyebarkan peringatan kerana ia adalah untuk kebaikan kita semua terutama sesama Islam. Terima kasih.



Quote of the day





No comments:

Post a Comment