Saturday, November 16, 2013

APA WARNA ANGIN AYAH ?





Satu hari seorang tua bersama anaknya berumur 25 tahun menaiki sebuah keretapi. Sepasang suami isteri kemudian duduk dihadapan mereka. Bila keretapi mula bergerak, mata sianak terbuka luas dan menjerit  “Ayah, pokok-pokok dan bangunan bangunan semuanya berlari kebelakang kita”. Si Ayah melihat anaknya dengan senyuman kasih sayang, sementara pasangan suami isteri dihadapan mereka agak kehairanan.



Bila keretapi perlahan disatu tempat, sianak ternampak sekelompok burung “Ayah, tengok burung-burung itu , cantik sekali. Berbagai warna, berbagai bentuk”. Sekali lagi si Ayah tersenyum melihat anaknya, tetapi pasangan suami isteri tadi bertambah tidak selesa melihat perangai sianak.



Kemudian dalam perjalanan tiba-tiba hari hujan. Sianak yang berumur 25 tahun tadi melihat ke awan dan menjerit, “Ayah, awan menjadi gelap sekarang” sambil menunjuk-nunjuk tangannya keluar tingkap dan tertawa keseronokan . “Tengok ayah  air-air menitis ditangan saya”.



Sebelum si Ayah sempat menjawab , pasangan suami isteri dihadapan mereka menyampuk dan berkata “Mengapa awak tak bawak anak ini berjumpa Doktor, anak awak yang berumur 25 tahun ini berkelakuan macam budak-budak, dia macam mereng, tak betul saja, dan sedikit gila, bawak saja berjumpa Doktor”

Perlahan-lahan si Ayah melihat kearah anaknya matanya penuh dengan perasaan kasih sayang. “Kami baru balik dari berjumpa Doktor” katanya perlahan tapi penuh dengan kepuasan . “Sebelum ini anak saya kata Alhamdulillah , pembedahan matanya berjaya. Anak saya boleh melihat keindahan alam sekarang yang dulunya tidak pernah terbayang dalam fikirannya”.

Pasangan suami isteri yang banyak berleter itu tunduk terdiam, menyedari mereka melontarkan pendapat tanpa mengetahui latar belakang anak muda tersebut.

Si Ayah merenung anaknya semula dengan perasaan puas hati dan gembira dan bertambah sayang kepada anaknya. Tiba-tiba si anak memecah kesunyian dengan bertanya “Apa warna angin Ayah ?”

MORAL CERITA : Kalau nak memberi pendapat , komen , atau idea ataupun nasihat cubalah melihat dari sudut orang lain sama, jangan ingat kita sentiasa betul.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda.


Quote of the day






No comments:

Post a Comment