Thursday, November 21, 2013

YA ALLAH AKU BERSYUKUR ATAS SEGALA KURNIAAN MU






Aku tidak akan menunggu hingga aku menerima lebih banyak pemberian dan anugerah

Aku tidak akan menunggu hingga aku lebih selesa

Aku tidak akan menunggu hingga manusia bersimpati akan keadaan ku

Aku tidak akan menunggu sehingga kesakitan aku pulih

Aku tidak akan menunggu hingga kewangan aku mencukupi

Aku tidak akan menunggu sehingga anak-anak ku tidur dan rumah dalam keadaan sunyi

Aku tidak akan menunggu sehingga aku mendapat kerja atau dinaikkan pangkat

Aku tidak akan menunggu sehingga aku memahami segala ujian dalam hidupku

Aku tidak akan menunggu sehingga perjalanan hidupku lebih mudah dan tenang tanpa gangguan



AKU BERSYUKUR SEKARANG JUGA!

Aku bersyukur kerana aku masih hidup 

Aku bersyukur kerana aku telah mengharungi rintangan dan ujian kehidupan

Aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk

Aku bersyukur kerana di beri kemampuan untuk menghadapi rintangan dan memperbaiki keadaan.

Aku bersyukur kepadaMu kerana aku tidak pernah Kau tinggalkan walaupun satu saat.


Quote of the day





No comments:

Post a Comment