Kalau anda berjalan disekitar bandar , ataupun mengunjungi gerai-gerai semasa solat Jumaat, anda akan ketemu dengan gerai yang dikerumuni oleh ramai pengunjung. Selalunya gerai ini menjual ubat ‘kuat’ untuk orang yang lemah tenaga batin. Tapi malangnya orang tidak akan berhimpun dimajlis-majlis membincangkan ‘tanda-tanda Iman lemah’
Diantara tanda-tanda Iman lemah ialah :
1. Melakukan dosa tanpa merasa bersalah
2. Hati yang keras dan tidak berkeinginan membaca Al Qur’an
3. Malas untuk beramal. Contoh: melambat-lambatkan solat
4. Meninggalkan amalan sunat.
5. Mempunyai ‘mood’ yang berubah-rubah. Cepat terganggu atas perkara-perkara kecil.
6. Tidak terasa apa-apa bila mendengar ayat-ayat Al Qur’an .
7.Terlalu sukar untuk mengingati Allah apatah lagi untuk berzikir.
8. Tidak terasa apa-apa bila ‘SYARIAH’ di persenda.
9. Sentiasa mengejar pangkat dan kekayaan.
10. Sentiasa tidak tenteram jika terpaksa mmeberi bantuan harta atau derma
11. Menyuruh orang lain membuat kebaikan tetapi dia sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa tenang bila orang lain tidak beribadat.
13. Sekadar mengelakkan yang haram tapi melakukan yang makruh.
14. Mempelekehkan mereka yang melakukan amalan kecil saperti membersihkan mesjid.
15. Tidak memikirkan keadaan masyarakat Islam sekitar.
16. Tidak berasa tanggung jawab untuk meningkatkan syiar Islam.
17. Tidak menerima takdir dan ketentuan Allah dengan redha: umpama menangis dan meraung semasa kematian keluarga tersayang.
18.Suka bertengkar dan berselisih pendapat tanpa ilmu dan asas yang kukuh.
19. Terlalu terpengaruh dengan dunia, bersedih jika kehilangan harta sahaja.
20. Sentiasa bersifat ‘keakuan’ ( mementingkan diri sendiri sahaja)
Sebelum kita melihat ciri-ciri ini pada orang lain. Kita muhasabah diri kita bersama dahulu, kemudian eloklah kalau kita sampaikan pada orang lain. Kalau tiada kekuatan, kita cetak risalah-risalah saperti ini dan sebarkan. Terima kasih kerana sudi membaca.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment